Apa itu Cinta??
Layakkah dia untuk bercinta???
Bilakah masa yang sesuai untuk bercinta??
Itu antara soalan yang selalu bermain di fikiran aku….
Aku tersenyum sinis, apabila terbaca dalam surat khabar hari
ini kisah seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital kerana telah telan 80
biji pil darah tinggi hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta
pertamanya terputus di tengah jalan…. Elok-elok darah tidak tinggi…sekarang
sudah tinggi…hehe… Aku tahu memang sakit, apabila cinta yang diharapkan,
kecundang di tengah jalan…. Memang sakit!!! Aku pernah merasainya!! Tetapi
layak ke dia untuk bercinta dan menyayangi orang lain, sedangkan dia sendiri tidak
menyayangi dirinya???
Yup, aku setuju cinta itu hadir secara tiba-tiba…tanpa
memberi petanda…. Tetapi sudah layakkah kita untuk bercinta?? Dan bila pula masa
yang sesuai untuk bercinta??? Ada seorang ustaz pernah memberi tahu aku, tidak
salah untuk berkahwin lambat….
Bagi aku senang je…seseorang itu sudah layak untuk bercinta
apabila:-
a) Dia mencintai ALLAH, rasul, agama, ibubapa dan
dirinya terlebih dahulu… Ini kerana dalam proses percintaan itu, dia tidak akan
melakukan sesuatu di luar batasan.
b) Dia memang berniat untuk berkahwin dengan orang
yang dicintainya itu…. Kalau saja-saja hendak bercinta hanya kerana nak tunjuk
pada kawan-kawan yang dirinya “HOT”… Baik tidak payah….kerana aku pernah
terbaca, haram bercinta jika kita tiada niat mengahwininya…
c) Mempunyai pendapatan sendiri….. Yelah, ibubapa
dan duit pinjaman / biasiswa sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih
berfaedah… sebab itulah, pelajar aku selalu kena marah dengan aku hehehe…..
Sanggup hari-hari makan meggi, untuk berjimat bagi membeli hadiah untuk kekasih….
Adoyai!!!!
p/s (i): Jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan ALLAH… Sekuat mana pun cinta anda terhadap pasangan
anda…tetapi memang sudah ditetapkan yang dia bukan jodoh anda… tetap anda tidak
akan bersama.
No comments:
Post a Comment