“Apa salah aku?? Kenapa kau curang dengan aku??”, tanya
seorang lelaki kepada teman wanitanya..
“Aku curang kerana…….kerana…..”, balas teman wanitanya tergagap-gagap..
“Kerana apa?? Aku kan sudah sempurna untuk kau”
“Err…kerana aku wanita Malaysia”
Hahaha…dialog diatas hanya rekaan semata-mata je…jangan
marah ye wanita-wanita Malaysia heheh… Siapa yang makan cili, pasti dia yang terasa
pedasnya hehhe….
Aku rasa, hari ini mesti setiap wanita Malaysia angin je
apabila membuka facebook…. Ialah kebanyakan kawan lelaki aku post status kat
facebook….”Wanita Malaysia paling ramai curang”… Ini semua angkara salah satu
artikel dalam akhbar kosmo….heheh
Aku tidak tahulah bagaimana kajian ini dilakukan…jadi sumber
ini mungkin boleh dipercayai atau tidak.. Menurut akhbar laman berita GhanaWeb
kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press, Wanita Malaysia adalah yang
KETIGA paling ramai curang di DUNIA… selepas Ghana dan Thailand… Tak tahu sama
ada hendak bangga atau tidak heheh…
Tetapi apa sebab ye seseorang itu curang, tidak kiralah
lelaki atau perempuan??… Pada pendapat
aku, seseorang itu curang kerana:-
a)
Pasangannya juga curang
b)
Kerana duit
c)
Sudah tiada rasa sayang pada pasangan
d)
Saja-saja test market
e)
Inginkan perhatian….sudah kurang perhatian
daripada pasangan, pasangan busy memanjang
TETAPI yang penting….kekalkan lah diri kelihatan seperti
sebelum kahwin…ini sudah kahwin, selekeh habis hehehe
Sebenarnya, yang penting adalah diri sendiri…. Sama ada
hendak curang atau tidak?? InsyaALLAH kalau pegangan agama cukup, curang pasti
tiada dalam hubungan… =)
sebab ni lelaki kurang curang...hehehe
p/s(i): Kurangkan juRANG, sentiasa berterus-teRANG, akan
sentiasa saYANG, pasti tiada cuRANG
p/s(ii): Nak tackle awek Indonesia la pula….mereka mesti
tidak curang hehhehe