Jika anda sedang duduk ketika membaca entri ini… Lebih baik
anda berdiri sekarang….
Jika anda tengah berdiri sekarang…lebih baik anda teruskan
berdiri heheh
Ini kerana bukti perubatan mendapati duduk terlalu selesa
atau lama boleh mengurangkan jangka hayat seseorang. Duduk yang lama di kerusi
boleh meningkatkan bahaya kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang
bertoksik daripada kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah
kepada angin ahmar. Ia turut menyebabkan tubuh manusia mengumpulkan paras
tertinggi gula dan lemak berbahaya di dalam aliran darah, sekali gus
meningkatkan risiko diabetes tahap dua.
Dan menurut kajian, orang ramai kini didapati menghabiskan masa
sehingga 10 jam sehari untuk duduk sama ada di tempat kerja mahupun menonton
televisyen. Mereka yang duduk lebih 11 jam sehari akan meningkatkan risiko
sebanyak 40 peratus untuk mati dalam masa tiga tahun akan datang berbanding
yang duduk selama empat jam sehari.
Maka aku sudah mempunyai alasan yang kukuh… aku boleh guna
alasan ini apabila emak aku selalu memarahi aku yang selalu membaca buku sambil
baring….heheh…dan aku rasa esok, semasa kelas, ketika aku sedang mengajar, aku
hendak suruh semua pelajar sama-sama berdiri dengan aku lah….hehehe….ni tidak,
aku mengajar berdiri kat depan sorang-sorang, mereka semua duduk di belakang je
hehe…
p/s(i): esok nak bawa tikar mengkuang sekali la, tak nak
duduk di pejabat….nak baring je heheh
p/s(ii): Kain Gajah Duduk boleh di guna lama…tahan!!!