nak ikut.....

Monday, May 6, 2013

Kisah di Pam Minyak…


Aku ingatkan hari ini cuti….tetapi sangkaan aku meleset sama sekali…

Jadi, aku perlu segera pulang ke Melaka…kerana aku ada kursus keusahawanan seminggu di Afamosa Resort….. Harap lepas kursus ni, aku dapat jadi usahawan yang berjaya la heheh

Dalam perjalanan balik, aku menjeling pada dashboard kereta…aku perhatikan minyak ada dua bar lagi….rasanya sempat kalau isi kat lebuh raya PLUS sahaja….. aku memandu seperti biasa dan aku berhenti di stesen minyak Shell RnR Seremban….



Tiba-tiba……

Ketika aku keluar dari kereta untuk mengisi minyak, aku perhatikan ada seorang lelaki berbadan besar tidak jauh dari aku, mengangkat tangan ke arah aku….

Aku toleh ke belakang, mungkin dia angkat tangan pada orang dibelakang aku…..tetapi tiada sesiapa pun. 

Aku memandangnya semula…..Dia tetap mengangkat tangan ke arah aku… aku hanya tersenyum sahaja…

Ketika aku sedang mengisi minyak ke dalam tangki kereta aku, lelaki itu menghampiri aku….

“Bang, saya ada barang baik”, bisiknya pada aku…

“Barang baik apa?”, aku pandangnya dari atas sampai bawah….tiada apa-apa yang “baik punye” padanya heheh

Aku perhatikan dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluarnya…..Aku berdebar…. Dia keluarkan sesuatu yang besar….ohhhh….rupanya Telefon bimbit Jenama Samsung Galaxy Note 2…..

Dia cuba menjual telefon itu kepada aku

“Saya tolak handphone ni pada abang…ORi ni..”

“Tidak apa, saya sudah ada handphone macam ni”

“Abang beli berapa?? Saya tolak kat abang RM 1300 je”

RM 1300??? Murahnya…. Tapi aku risau ni handphone curi ke? Takut tu handphone tipu ke? Aku kena pukau ke nanti? Macam-macam bermain dalam fikiran aku….

Aku terus menolak permintaannya tetapi secara baik lah…

“Maaf lah saya tiada wang tunai” kata aku

“Habis tu abang ada berapa??”

“Saya ada RM 100 je”

“Ish kalau RM 100 saya rugilah”

Dia terus berlalu….aku kelam kabut naik kereta dan terus gerak… Aku perhatikan terdapat 3-4 orang lagi yang turut menjual telefon bimbit dengan kaedah yang sama di situ…. Mungkin satu kumpulan yang sama…

Jadi kepada semua, berhati-hatilah ye…jangan sampai kena tipu!!!!

p/s(i): Apa yang penting, aku sempat jelling pada jari telunjuk orang itu….tiada kesan dakwat kekal pun… Tidak pergi mengundilah tu heheh

p/s(ii): Bermulalah kursus seminggu aku…..

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi


Salam PRU 13…

Hari ini bangun awal…..semangat mengundi lah katakan….. Aku dan seluruh keluarga aku akan mengundi di tempat yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa…..iaitu untuk P118 Setiawangsa….

Calon yang akan bertanding ialah Ahmad Fauzi Zahari (BN) dan Ibrahim Yaacob (PKR)….. Kedua-duanya aku pernah terserempak ketika mereka berkempen….Kedua-duanya aku sudah tengok latar belakang mereka…. Harap pilihan aku nanti tepat…. Siapa yang aku undi?? Itu rahsia!!!!

Ahmad Fauzi Zahari

Ibrahim Yaacob

p/s(i): Undilah dengan mata hati bukan dengan perasaan….

p/s(ii): Esok sudah start kursus seminggu di Afamosa….tak sempat nak berehat setelah penat berfikir siapa calon yang perlu diundi heheheh 

Sunday, April 28, 2013

Demam Gwiyomi…

Aku kini sudah dilanda demam Gwiyomi….

Sebenarnya sejak dua bulan lepas, kawan sekerja aku asyik tunjuk video baru Gwiyomi kepada aku… tetapi aku buat tidak tahu…tidak hairan dengan video itu…

Tetapi sekarang, selepas ia menjadi fenomena dan rakan sekerja aku selalu membuat aksi itu, aku terlintas untuk mencari video itu di youtube….oh aku terjumpa video wawa zainal dan nora Danish… cutenya mereka buat aksi Gwiyomi….

Dan aku telah membuat kesimpulan, hanya gadis-gadis comel saja yang akan buat video Gwiyomi ini hehe… Yelah maksud Gwiyomi itu sendiri adalah comel…. Dan gadis-gadis tidak comel pasti akan mencemuh gadis-gadis comel yang buat video Gwiyomi ni hahaha

Aku terus mencari lagi video-video Gwiyomi ini di youtube….memang fenomena la….banyak yang membuat rakaman aksi Gwiyomi ni….Lelaki pun ada buat….termasuklah Si Bobo ni….



Bagi aku, tak salah kalau nak ikut sesuatu perkara itu, asalkan ianya baik dan tak salah dari sisi Islam..…dan alangkah baiknya, lain kali diri kita pula menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain….

p/s (i): Bangga aku dengan orang korea, walaupun berbeza bahasa tetapi tidak menjadi halangan untuk membuatkan sesuatu menjadi fenomena…

p/s(ii): Aku dah cuba rakam video Gwiyomi aku sendiri…tetapi aku tengok tak comel…aku delete hahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...