Tadi aku terjumpa real Superman!!!
Aku tidak tipu!!!
Aku jumpa SuperMan ketika di lebuhraya PLUS…. AKu ingat dia
datang untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya tadi….tapi tidak!!! Sangkaan
aku meleset sama sekali….
Dan aku yakin kehadirannya tadi pasti di kutuk, dicaci,
ataupun disumpah seranah….tidak seperti kedatangan Superman di dalam filem,
ditunggu-tunggu dan disambut dengan sorakan…
Macam mana tidak dapat sumpah seranah….si superman itu
datang dengan motor yang laju sambil baring di atas motor dengan kaki lurus ke
belakang….bukan kah membahayakan diri dan orang lain??
Siap buka baju dan ikat dileher lagi….memang lagak macam
superman… Aku yakin mesti ada yang sumpah seranah dia ketika memecut laju
sepanjang lebuhraya PLUS tadi….
macam ni la aksi superman rempit tadi
p/s(i): Selamat hari ibu…terutamanya kepada ibuku, ibu
angkat ku di pasir gudang dan ibu kepada anak-anak ku hahaha…
p/s(ii): Esok dah kena masuk kerja selepas seminggu
berkursus….kena mula cari mood semula ni…