nak ikut.....

Thursday, May 9, 2013

Mata aku tersilap…


Minggu ini aku berkursus seminggu di Afamosa Resort…. Awal-awal lagi, rakan sekerja aku sudah pesan,

“Mesti kau penat berjalan nanti…”

Memang betul, aku penat berjalan sebab bilik penginapan dan dewan berkursus agak jauh… perlu berjalan sikit, tidak seperti hotel-hotel lain… itu sahaja lah kekurangan disini… Yang lain semuanya okay..



Aku berkursus disini mengenai keusahawanan, setiap hari cerita pasal duit, minda usahawan dan macam mana hendak menjadi kaya….

Dan malam ini, diadakan satu acara istimewa….dimana pihak konsultan (penceramah) membuat majlis makan malam dan persembahan silap mata…. Aku memang teruja….sudah lama aku tidak melihat persembahan silap mata betul-betul di hadapan aku…selalunya tengok kat TV sahaja..

Dan malam ini, memang mata aku banyak kali tersilap walaupun aku sudah membuka mata seluas-luasnya untuk memerhatikan helah tukang silap mata itu….tambahan pula ahli silap mata ini sangat kelakar….

Dan pertengahan persembahan silap mata itu, tukang silap mata bertanya,

“Ada sesiapa yang mempunyai soalan??”

Kedengaranlah ada orang menjerit, “Macam mana buat magic macam tadi??”

Tetapi aku pula jerit, “Macam mana nak buat magic dapat keluarkan duit, senang nak jadi jutawan”

Aku tidak sangka jeritan aku itu didengari oleh penceramah kursus keusahawanan yang duduk disebelah meja makan aku….

Dia hanya tergelak je…tak perlu aplikasi ilmu keusahawanannya....boleh dapat jadi kaya heheh

Dan yang seronoknya kursus keusahawanan ini ialah kami semua dapat tiket percuma untuk masuk Cowboy Town pada malam esok heheh

p/s(i): Selepas menghadiri kursus keusahawanan ini, aku terasa nak buat bisnes la….

p/s(ii): nanti aku muat naik video ahli silap mata tu…seronok sangat, tak kering gusi!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...