nak ikut.....

Sunday, May 12, 2013

Sumpahan SuperMan!!


Tadi aku terjumpa real Superman!!!

Aku tidak tipu!!!

Aku jumpa SuperMan ketika di lebuhraya PLUS…. AKu ingat dia datang untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya tadi….tapi tidak!!! Sangkaan aku meleset sama sekali….

Dan aku yakin kehadirannya tadi pasti di kutuk, dicaci, ataupun disumpah seranah….tidak seperti kedatangan Superman di dalam filem, ditunggu-tunggu dan disambut dengan sorakan…

Macam mana tidak dapat sumpah seranah….si superman itu datang dengan motor yang laju sambil baring di atas motor dengan kaki lurus ke belakang….bukan kah membahayakan diri dan orang lain??

Siap buka baju dan ikat dileher lagi….memang lagak macam superman… Aku yakin mesti ada yang sumpah seranah dia ketika memecut laju sepanjang lebuhraya PLUS tadi….

macam ni la aksi superman rempit tadi

p/s(i): Selamat hari ibu…terutamanya kepada ibuku, ibu angkat ku di pasir gudang dan ibu kepada anak-anak ku hahaha…

p/s(ii): Esok dah kena masuk kerja selepas seminggu berkursus….kena mula cari mood semula ni…

Thursday, May 9, 2013

Mata aku tersilap…


Minggu ini aku berkursus seminggu di Afamosa Resort…. Awal-awal lagi, rakan sekerja aku sudah pesan,

“Mesti kau penat berjalan nanti…”

Memang betul, aku penat berjalan sebab bilik penginapan dan dewan berkursus agak jauh… perlu berjalan sikit, tidak seperti hotel-hotel lain… itu sahaja lah kekurangan disini… Yang lain semuanya okay..



Aku berkursus disini mengenai keusahawanan, setiap hari cerita pasal duit, minda usahawan dan macam mana hendak menjadi kaya….

Dan malam ini, diadakan satu acara istimewa….dimana pihak konsultan (penceramah) membuat majlis makan malam dan persembahan silap mata…. Aku memang teruja….sudah lama aku tidak melihat persembahan silap mata betul-betul di hadapan aku…selalunya tengok kat TV sahaja..

Dan malam ini, memang mata aku banyak kali tersilap walaupun aku sudah membuka mata seluas-luasnya untuk memerhatikan helah tukang silap mata itu….tambahan pula ahli silap mata ini sangat kelakar….

Dan pertengahan persembahan silap mata itu, tukang silap mata bertanya,

“Ada sesiapa yang mempunyai soalan??”

Kedengaranlah ada orang menjerit, “Macam mana buat magic macam tadi??”

Tetapi aku pula jerit, “Macam mana nak buat magic dapat keluarkan duit, senang nak jadi jutawan”

Aku tidak sangka jeritan aku itu didengari oleh penceramah kursus keusahawanan yang duduk disebelah meja makan aku….

Dia hanya tergelak je…tak perlu aplikasi ilmu keusahawanannya....boleh dapat jadi kaya heheh

Dan yang seronoknya kursus keusahawanan ini ialah kami semua dapat tiket percuma untuk masuk Cowboy Town pada malam esok heheh

p/s(i): Selepas menghadiri kursus keusahawanan ini, aku terasa nak buat bisnes la….

p/s(ii): nanti aku muat naik video ahli silap mata tu…seronok sangat, tak kering gusi!!

Tuesday, May 7, 2013

Anda tidak romantik??


Jika anda seorang yang tidak romantik, maka anda tidak layak menjadi ibu bapa…

Itu bukan kata aku…tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik di University of Bristol, Abigail Millings. Menurut beliau, apabila seseorang itu romantik, dia akan peka dan bertanggungjawab terhadap pasangan, dia akan sensetif dan sanggup untuk memberikan pertolongan.

Sumber: Berita Harian

Jadi kepada sesiapa yang masih belum berkahwin lagi, jom semak sama anda romantic atau tidak…. Berikut adalah perkara-perkara romantik yang boleh anda ikut…sebenarnya ada banyak…tetapi ingat,  Ini bukan cara aku tau, sebab aku tidak romantic hehehe

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbit dan terbenam bersama-sama….. Secara tidak langsung
anda akan bangun awal pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit… tidaklah tertinggal solat subuh lagi heheh

2. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar dia merasakan anda tidak melupakannya.. Apabila hari jadi dia, anda beri hadiah kepadanya…apabila hari jadi anda pula, dia turut memberi hadiah kepada anda…. Apabila ada sekali dia terlupa hendak memberi anda hadiah hari jadi, anda ungkitlah yang anda telah memberi hadiah hari jadi kepadanya hahah

3. Menyanyikan lagu cinta untuknya…. Kalau boleh anda buat sekali video Gwiyomi…. Pasti dia akan tersenyum. Ingat!!! Perempuan suka lelaki yang kelakar!!! Heheh

4. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam bukunya tanpa disedari… Apabila dia membaca nota itu, pasti dia akan tersenyum mengingati anda…

Harap anda dapat mengikut tips-tips romantik ini....heheh

p/s: Tetapi aku selalu tengok, lelaki hanya romantik ketika hendak mengorat je… apabila gadis itu sudah menjadi isterinya, sifat romatik itu automatik hilang….jadi lebih baik tidak romantik sebelum kahwin, dan romantic selepas kahwin heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...