Dalam sehari 5 kali kita akan mendengar azan…. Tetapi apa
yang kita akan buat apabila dengar azan?
Diam tanda hormat azan? Bersiap-siap untuk pergi surau atau
masjid? Atau buat tidak tahu sahaja??
Pernahkah anda menangis ketika mendengar azan??
Secara jujur, aku tidak pernah menangis mendengar azan
sehingga lah aku menjadi pensyarah pengiring untuk membawa pelajar aku ke satu
kem….
Disitu ada satu slot terapi azan, dimana semua orang diminta
berdiri lurus diatas tanah…bermakna tiada kasut dikaki….dan semua barangan
elektrik yang berada pada tubuh kita ditanggalkan seperti telefon bimbit, jam
tangan dan sebagainya…….
Kami semua diminta berdiri lurus, pejamkan mata dan focus pada
azan yang akan dimainkan….
Ketika itu terasa sunyi, fasilitator memainkan rakaman azan….
Hanya kedengaran laungan azan sahaja bergema di dalam bilik itu…. Baris demi
baris azan itu dihayati….serius ketika itu, aku merasakan badan aku bergetar….terasa
aku insan yang paling kecil dan lemah….dan sesungguhnya Allah Maha Besar… Dan tidak
aku sangka, ada titisan air mata mengalir di pipiku…
Aku tahu aku tidak layak masuk ke syurga Nya, tetapi aku
tidak mahu masuk neraka Nya…
Selepas sahaja azan berkumandang, fasilitator menyuruh kami
membuka mata….. rupanya bukan aku seorang sahaja yang mengalirkan air mata…. Dan
satu persoalan bermain di fikiran aku
“Kenapa sebelum ini aku tidak merasakan perasaan ini??”
Rupanya sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul menghayati
bait-bait azan itu…. Dan aku yakin, apabila ada sahaja azan berkumandang di
radio atau TV, kita pasti akan menukar siaran lain….
Rupanya sungguh indah Azan itu…