nak ikut.....

Saturday, October 19, 2013

Kelantan di mata aku….

Akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki aku di Kelantan… Seminggu pula tu…

Niat aku turun di Kelantan sebab hendak merasa raya di Kelantan dan ingin merasa suasana disana…. Sebelum ini aku dengar macam-macam orang kata pasal Kelantan… tetapi aku ni jenis tidak cepat percaya kalau aku tidak tengok, merasa dan pergi sendiri…..

Aku memandu sendiri pergi ke sana…. Lebih kurang 9 jam perjalanan….

berehat sebentar di pantai dungun...melonggarkan apa yang patut


Setiba aku disana, aku tidak mengalami sebarang kejutan….malah keadaan sebenar adalah jauh dari jangkaan aku… Aku selalu dengar yang Kelantan ni negeri termiskin, tetapi yang aku peliknya kebanyakan rumah-rumah disini agak besar-besar…. Itu aku tidak pastilah sebab aku hanya berjalan sekitar Kota Bahru dan Rantau Panjang sahaja….jadi aku tidak boleh membuat kesimpulan keseluruhan…

sapa doh kawe sini :)


Kebetulan kehadiran aku itu adalah pada Hari raya haji…. Dan aku awal-awal lagi sudah di beri peringatan oleh kawan-kawan aku di Kelantan…

“Kalau kau nak shopping waktu ini, harga barang mungkin mahal….dan pastikan bukan engkau yang bercakap dengan penjual itu…pastikan ada yang pandai kecek kelate bersama kau”

Banyak juga lah duit aku habis dengan membeli-belah…tetapi kebanyakan makanan…itu pun aku nak bagi kat keluarga aku heheh… Antara hasil tangkapan aku ialah jersey, periuk, air kangaroo, budu, keropok, anak patung dan lain-lain… Penuh gak la tempat duduk belakang kereta aku, aku risau dengan pemeriksaan Kastam atau Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) hehe…. Nasib baik lepas!!

Dan aku rasa tidak puas untuk pergi ke Kelantan lagi…. Banyak tempat aku tidak sempat pergi lagi…. Sebab kebanyakan masa aku di sana, aku pergi raya rumah kawan-kawan aku heheh… Terima kasih kepada Ariff, Hazmie, Irfan, Abe, Tuan, Pn Mazlaini, Farah (keluarga-keluarga mereka) dan lain-lain kerana memberi layanan yang baik ketika aku bercuti di sana.

aku sempat singgah TRW Station

Sempat makan nasi lemak di kedai sedara piya @ajihs nasi lemak

Akhir kata, Semoga Kelantan Menang Piala Malaysia!!! (Apa kaitan dengan entri ini?? heheh)

miss vivi aku sudah ada pakaian baru...hehe


Nota kaki : Jangan mudah percaya dengan kata-kata orang, takut ia akan menjadi fitnah…lebih baik kita mendapatkan kepastian terlebih dahulu J

Wednesday, September 18, 2013

Nombor ini menghantui aku….

Arghhhhh tensen aku…

Baru-baru ini, ada satu nombor ini selalu menghantui aku….. apabila ia muncul je, automatik badan aku akan bergoyang dan turut kata “Hey Hey”

Nombor itu adalah 03 8000 8000, korang cubalah telefon…. Aku dah cuba telefon, aku kata kat dia “Hey Hey” dan aku terus letak heheh….


Aku rasa memang kreatif la iklan ini, sebab sekali tengok je aku dah hafal nombornya hahah…. Apabila iklan tu muncul je, aku mesti tergelak, kaki aku akan bergoyang mengikut rentak lagu tu dan kata “Hey Hey” hahah


Tuesday, September 17, 2013

Kenapa tukar nombor telefon?

Sejak awal tahun ini, aku ditugaskan untuk mengesan graduan-graduan kolej aku…..

Jadi langkah pertama adalah aku mengedarkan borang-borang pengesanan graduan untuk semua pelajar sama ada yang sudah habis belajar atau yang masih belajar…. Supaya aku ada satu data base yang akan memudahkan aku satu hari nanti…

Dan apa yang aku nampak, apabila setiap semester aku mengambil data daripada pelajar yang sama… Aku menyedari mesti ada berlaku perubahan…. Rupa paras pelajar sudah semestinya berubah, daripada kurus makin gemuk, daripada kemas semakin selekeh….maklumlah semester semakin bertambah, sudah menjadi senior la katakan….

Tapi yang aku bertambah hairan, setiap kali naik semester mesti kebanyakannya nombor telefon pelajar berubah… Kenapa ye? Aku kena buat siasatan ini….

Aku dari dulu kini dan selamanya nombor yang sama aku pakai…aku sudah pakai nombor ini sejak aku tingkatan 5 selepas SPM….maklumlah dapat telefon bimbit sebab dapat keputusan SPM yang okay…. kiralah dah berapa tahun aku pakai nombor ini tanpa ubah…. Nampak sangat aku orang yang setia kan?? Heheh Tapi mungkin aku akan tukar daripada line Maxis ke line lain kot heheh…. Tengah tinjau-tinjau….

Kenapa ye orang suka tukar-tukar nombor telefon?? Bukankah ia akan menyukarkan untuk orang menghubungi anda lebih-lebih lagi kalau anda ada membuat bisnes??


ni telefon pertama aku....agak-agak kalau bagi kat budak sekarang, ada yang nak tak?

#Kepada pelajar atau graduan Kolej Komuniti Ledang, Sila Like Page Alumni KKLEJ, mungkin anda adalah salah seorang graduan yang tidak dapat dihubungi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...