nak ikut.....

Thursday, March 6, 2014

Aku Terkena

Terkena aku!!!

Kebiasaannya aku hanya mengetahui peristiwa seperti ini di dalam facebook sahaja…

Tetapi….tadi terkena ke atas batang hidung aku sendiri….

Sebelum ini, aku ada terbaca di dalam facebook mengenai penyelewengan jurujual di pam minyak…
Mereka beroperasi dengan menekan nilai untuk pam minyak tidak sama dengan bayaran…. Contohnya kita hendak mengepam minyak sebanyak RM 10…..maka kita membayar RM 10, tetapi jurujual tersebut akan menekan kurang daripada nilai tersebut…sama ada RM 9, RM 8 atau sebagainya….. Jika kita jenis menuang minyak tanpa menengok bacaan pada pam minyak….kita tidak akan sedar di tipu… Begitu juga jika kita jenis orang yang menunggu di dalam kereta dan membiarkan pekerja pam minyak itu sendiri mengisikan minyak ke dalam kereta kita…. Maka kita juga akan tertipu.

Petang tadi aku ingin mengisi minyak ke dalam kereta aku, Miss Vivi di satu stesen pam minyak…. Aku pergi ke kaunter, dan minta untuk mengisi minyak sebanyak RM 10….Aku memberi dua keping RM 5 kepada jurujual tersebut dan kembali ke kereta….Aku menuang minyak ke dalam kereta aku…. Aku perhatikan bacaan pada pam minyak tersebut bergerak dan berhenti di RM 2…. Tiada minyak keluar lagi…

Aku tidaak berpuas hati….aku pergi semula ke kaunter bayaran dan aku bertanya kepada jurujual itu tadi

“Eh tadi saya bayar RM 10….tetapi kenapa hanya RM 2?”

“Eh kamu bayar RM 2 tadi”

“Eh mana pulak….apahal saya nak isi minyak kereta RM 2 je….lain la kalau saya naik motor..”

“Betul kamu bayar RM 2”, sambil mengomel

“Kalau tidak percaya, kamu check CCTV kamu”, balas aku dengan yakin

“Yela”, sambil terus tekan skrin komputernya untuk menambah nilai minyak sebanyak RM 8 kepada aku.

Aku terus keluar ke arah kereta aku, dan mengisi baki minyak….



Nota kaki kanan: Berhati-hati lah….sekarang ini banyak orang menggunakan penipuan untuk mengaut keuntungan dengan cepat

Nota kaki kiri: Dalam cuaca yang panas sekarang ini….ditambah dengan kekurangan bekalan air… ramai orang cepat naik minyak!!!

Saturday, March 1, 2014

Lahir setiap minit….

Wow!!!!

Jumlah rakyat Malaysia sudah mencecah angka 30 juta orang, atau lebih tepat lagi 30,001,710 orang pada pukul 5 petang semalam.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan…. Jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang… Jumlah tersebut berdasarkan kajian  dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit..

Kawan-kawan aku pun ramai yang sudah melahirkan anak pada tahun lepas…. Rasa happy aku sudah menjadi uncle heheh…. Dulu aku asyik menyediakan hadiah kahwin je, kali ini kena menyediakan hadiah untuk bayi yang baru lahir hehe….

Nota kaki kanan: Kepada pelajar lepasan SPM yang tidak tahu ke mana hendak menyambung pelajaran, apa kata sambung di Kolej KomunitiLedang… Ada empat kursus Utama

a)      Sijil Pastri
b)      Sijil Akauntansi
c)       Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
d)      Sijil Kenderaan Ringan


Pengambilan terbaru 5 Mac 2014 ini….Tidak sabar jumpa pelajar-pelajar baru heheh


Thursday, February 27, 2014

Semua ingin menjadi Pengarah

Ketika berada di perpustakaan,

Sementara aku menunggu pelajar-pelajar aku menyiapkan assignment mereka…. Aku membaca akhbar yang terdapat di situ…. Aku dan beberapa orang pelajar duduk di meja bahagian tengah perpustakaan, sambil-sambil mereka membuat assignment, kami berborak pasal isu semasa….

Ketika aku leka membaca berita-berita di dalam akhbar itu, aku tergelak apabila terbaca berita ini

"Anu" tiba-tiba tidak berfungsi

Pelajar-pelajar yang duduk berhampiran aku memandang aku kepelikan….aku pun menunjukkan berita itu kepada mereka….. Mereka pun turut tergelak besar…. Dan seorang demi seorang ingin menjadi pengarah cerita….

“Ish abang ni lambat lah….cepat lah bang……”kata seorang pelajar aku

“Abang buat apa tu??”, sambung seorang lagi

“Ish tak boleh lah, tadi boleh aje…..”

"Aku lepaskan kau dululah....."

Seorang demi seorang mengeluarkan dialog masing-masing…. Tempat aku duduk itulah paling bising di dalam perpustakaan. Tapi kami bersyukur yang perempuan itu selamat dan lelaki itu Berjaya di tangkap… Itulah kekuasaan Allah, apabila DIA tidak mahu sesuatu itu terjadi, maka tidak akan jadilah…. begitu juga sebaliknya….

Kebiasaannya, aku mengalami situasi dimana ramai sangat orang yang hendak menjadi pengarah ketika aku sedang menonton wayang….mesti aku mendengar suara orang sebelah aku ke….belakang aku ke…. Ada mengeluarkan skrip sendiri…

“Lepas ni mesti hero tu pukul penjahat itu…”

“Mesti hantu muncul kat belakang tu”

Dan macam-macam lagi….Rasa nak marah je….!!!!

Nota kaki kanan: Apabila kita rasa diri kita keseorangan, tidak ada sesiapa pun untuk menjadi tempat mengadu…. Maka mengadulah kepada ALLAH, sesungguhnya DIA maha mendengar….. rasa hilang kepercayaan untuk mengadu pada manusia, mungkin aku hanya mengadu pada MU, Ya Allah.

Nota kaki kiri: Begitu mudah untuk menghancurkan kepercayaan seseorang, dan betapa sukarnya untuk mendapatkannya….

Nota tangan kanan: tajuk berita kat akhbar metro mesti sensasi kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...