Hari ini keputusan pertandingan video “We Care We Share”
diketahui….
Dan Kami juara!!! Bukan mengharap pada hadiah…hadiah itu
hanyalah sekadar bonus….tetapi yang penting banyak kenangan dalam proses
pembikinan video itu…
Aku masih ingat lagi dari permulaan pembikinan video itu….
Cabutan dibuat dan unit aku mendapat tajuk “Ponteng Kelas”….Awal-awal
lagi…kelas lain sudah menolak untuk berlakon dan hanya tinggal kelas aku…
Aku masuk ke kelas dan maklumkan kepada pelajar aku yang mereka perlu berlakon…dan
seperti aku dapat jangka, mereka tak nak pada mulanya….aku berkata,
“Inilah peluang kamu semester akhir untuk menunjukkan
sesuatu”
Walaupun ada pelajar di dalam kelas itu yang macam
menolak, tetapi aku tetap dengan keputusan aku… Kita perlu juga hantar video,
menang kalah lain cerita….itu prinsip aku….biar kita kalah bertanding daripada
kita kalah sebab tidak menyertai…. Memang kesian lah pelajar semester akhir ini
kerana dapat aku sebagai pensyarah kelas mereka…. Mereka pernah bernasyid,
mereka pernah masuk inoreka….mereka pernah masuk menyanyi….pertandingan azan…mereka
pernah berjual beli….kira semua pertandingan atau program di dalam kolej, aku
akan pastikan ada penyertaan dari kelas aku.
Serius aku sangat bangga dengan mereka, walaupun mereka
mengomel kerana aku memaksa….tetapi apabila sudah melaksanakannya, mereka
menjadi seronok….barulah mereka akan mengetahui potensi diri mereka..
Begitulah dengan pertandingan video ini…. Pada hari
pertama aku menerangkan bentuk pertandingan dan syarat-syarat…dan aku edarkan
kertas kosong untuk membuat jalan cerita….tetapi aku dapat balik juga kertas
kosong…..
Hari kedua selepas sesi pembelajaran, aku menahan mereka
dan mengedarkan lagi sekali kertas kosong…. dan kali ini aku mendapat maklum
balas dua jalan cerita mengenai ponteng kelas…
Dan hari ketiga, selepas waktu kelas….aku menahan mereka daripada balik
rumah dan kami berbincang mengenai dua jalan cerita itu….sejak itu, aku mula
nampak mereka teruja dan minat….aku pun mengikut rentak mereka….kami sama-sama
olah jalan cerita dan terus rekod pada petang itu…. Semua mereka lakukan
sendiri, aku hanya memantau dan mengajarkan apa benda yang mereka tidak tahu…
semua pelajar kelas mengeluarkan idea dan menokok tambah jalan cerita…sampai
ada yang perlu rekod pada waktu malam, satu kelas turun bersama-sama…..
Hinggakan waktu cuti Jumaat pun mereka sanggup turun bagi
menyiapkan video itu….aku hanya turun menyokong dan memantau keadaan mereka
supaya adegan-adegan bahaya tidak dilakukan…. Kami sama-sama mengeluarkan
pandangan dan komen…. Keterujaan dan semangat mereka itu aku paling hargai…. Itulah
mereka, pada mulanya nampak seperti tidak berminat, tetapi selepas itu…merekalah
paling teruja… PPU4 terbaik!!!!
Nota kaki kanan: Hari ini juga aku dapat hadiah Juara
Pertandingan Sukan Dalaman!!!
Nota kaki kiri: Harap esok lebih daik daripada hari ini J
Nota tangan kanan: Video kami ada di facebook aku