nak ikut.....

Monday, June 23, 2014

Aku dan Matematik

Kenapa aku suka matematik??

Dulu aku pun tidak suka matematik, bagi aku matematik ini macam tiada fungsi dalam kehidupan….itu dulu…. Tetapi sekarang aku nampak kegunaan matematik

Mula dari sekolah rendah, aku sudah mula minat matematik….itupun lepas cikgu aku cakap…Matematik lah subjek paling senang nak kumpul markah….sama ada kamu jawab dengan betul atau salah..itu saja jawapan dia…hanya ada betul dan salah….jadi lepas sahaja exam, kamu sudah boleh tahu sama ada kamu lulus atau gagal

Berbanding subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, ia lebih subjektif…..penilaian dan markah banyak bergantung kepada penilaian pemeriksa….. dan aku masih ingat lagi ketika aku darjah enam, dimana setiap pelajar perlu membaca sifir 2 hingga 12 di hadapan kelas seorang demi seorang…. Aku memang tidak menghafal sifir….sebab aku mengira pakai jari dan disebabkan aku selalu skor subjek matematik, cikgu aku terus je tanda semua sifir kira aku dah hafal semua sifir…..sedangkan aku ketika tu tak hafal pun sifir….hehe

Dan semasa temuduga juga, aku biasa ditanya soalan-soalan matematik....lebih-lebih lagi ketika aku mohon jawatan jurutera.....dan aku masih ingat salah satu soalan penemuduga

"Antara matematik dan berkomunikasi, yang mana penting bagi anda??"

Nak tahu jawapan aku, sampai dua orang penemuduga seorang lelaki dan seorang wanita mempunyai dua reaksi berbeza terhadap aku?Yang penemuduga wanita itu secara terus terang kata kepada aku selepas aku memberi jawapan....Katanya,

"Saya tidak suka awak"

Tetapi penemuduga lelaki itu,bersalam dengan aku selepas sesi temuduga itu dan memberitahu aku

"Saya suka awak"

Sampai sekarang aku akan ingat soalan itu, sebab aku rasa jawapan itulah aku dapat pekerjaan sekarang ini heheh 

Dan paling last aku betul-betul menghadap subjek matematik adalah ketika aku belajar degree di UTM dulu….dah lama aku tinggalkan, dan semester lepas aku mengajar subjek matematik…dan pelajar-pelajar aku baru sahaja selesai mengambil exam paper matematik…. Kelakar aku tengok kertas jawapan mereka, keputusan sudah boleh aku jangka….. pelajar yang focus dalam kelas, semua boleh jawab dan yang jenis nak cepat balik….markah pun jenis yang cepat aku tanda lah……pangkah aje heheh…. Tetapi aku tidak mengharap tinggi sangat, sebab di awal semester aku sudah tanya latar belakang matematik mereka… jadi kalau lulus dan tidak perlu mengulang itu sudah baik…..bagi tempoh aku mengajar dalam 100 jam…

nasib baik hanya lukisan sahaja....tiada ayat-ayat merayu di kertas exam heheh

Tetapi semester depan, aku tidak mengajar lagi subjek Matematik ni….pensyarah lain yang mengajar… tetapi kalau ada sesiapa yang nak aku mengajar, boleh PM aku di facebook, harga boleh dirunding heheh

Dan esok aku akan membawa inovasi aku di dalam subjek matematik untuk bertanding di Segamat… Harap semuanya okay untuk aku bentangkannya di hadapan juri….

Nota kaki kanan: Lepas inovasi, audit amalan 5s dan kemudiannya pertandingan petanque… Kesibukan sebelum bulan puasa…


Nota kaki kiri: Tahun ni terasa nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri la hehehe

Saturday, June 21, 2014

Hari-hari terakhir

Minggu ini adalah minggu terakhir pelajar-pelajar PPU 4 di kolej komuniti

Aku rasa sedih dan gembira…..

Sedih sebab mereka antara pelajar-pelajar terbaik yang pernah aku ajar akan habis….. dan gembiranya, mereka akan menempuhi fasa baru sama ada bekerja atau sambung belajar….

Dan minggu lepas, hari rabu dan khamis….kami mengadakan lawatan industri ke Kuala Lumpur dan ke port Dickson….hampir-hampir di tunda lawatan tersebut sebab ada banyak masalah seperti kesuntukan masa….sudah lama dirancang semata-mata untuk diorang

Alhamdulilah lawatan tersebut jadi walaupun banyak halangan……..dan yang kelakarnya, ramai pula demam semasa lawatan tersebut….

Hari rabu pagi, kami bertolak dari Kolej Komuniti Ledang ke Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi KL Sentral, dimana kami mengadakan lawatan ke syarikat lama Encik Naufal…di situ kami melawat Air Handling Unit (AHU), Chiller, Cooling Tower, Heat Exchanger dan macam-macam lagi…. Banyak ilmu di perolehi….dan yang kelakarnya, apabila Supervisor disana menanya mereka mengenai aircond, mereka macam blur seperti baru bangun tidur je…aku yang tukang mengambil gambar ni pun bengang….siap aku hantar kat wechat group..

“Aik soalan senang ni….jangan dok pk pd je heheh”

Lebih kurang 4 jam lebih kami disitu…..kalau ikut perancangan awal, sebenarnya hendak pergi lawatan ke dua syarikat…tetapi hanya satu sahaja memberi maklum balas….tapi takpelah, janji mereka mendapat ilmu dan pendedahan…

Selepas itu, kami bertolak ke port Dickson….Kami menginap di homestay…..dan yang membanggakan aku, sepanjang di Port Dickson itu, kami menggunakan duit terkumpul daripada hadiah, upah mengecat, hasil jualan dan lain-lain daripada usaha mereka sendiri….. Malam itu kami berbarbeque sampai pagi… sampai semua muak tengok ayam hahah….Aku pengsan awal malam tu, siap termimpi-mimpi anjing lagi… rupanya beberapa ekor anjing datang menyalak malam tu gigit tong sampah yang ada tulang ayam…. Patutlah aku termimpi anjing….



Esok paginya, aku bangun awal…panaskan semula ayam-ayam yang tidak habis semalam….untuk dijadikan sarapan… Hari ini kami perlu balik semula ke sarang di tangkak… Selepas semua sudah siap bersarapan, kami bertolak ke pantai untuk mandi-manda…..hari itu 3 orang pula demam…. Demam bola kot melanda heheh… Memang puas bermandi, walaupun aku jenis takut air kerana mempunyai pengalaman lemas.... tetapi aku enjoy, walaupun mandi dekat dengan pantai je hahah…. Selepas puas mandi, kami bertolak balik….semua tertidur di dalam bas….

Dan keesokannya, kami sambung mengecat kolej lagi dari pagi sampai malam hehe…penat-penat pun, kami enjoy…


Nota kaki kanan: Sudah jadi trend, pelajar semester akhir je baru nak aktif aktiviti kolej heheh

Nota kaki kiri: gambar-gambar akan diupload nanti

Monday, June 16, 2014

Abah

Sebenarnya aku nak update entri pasal kenduri kahwin adik aku...

Tetapi selepas aku tengok drama Bidadari Walid, terus aku tukar hendak membuat entri pasal ayah, bapa, father, walid...tetapi aku panggil ABAH....dan aku ada juga ayah angkat yang aku panggil AYAH

Kebetulan kenduri kahwin adik aku jatuh pada hari bapa....dan kalau Abah ada lagi, mesti dia paling sibuk dan gembira....

Serius aku sangat rindu ABAH....sebenarnya aku nak sangat kongsi Cerpen yang aku menang ketika hari perpustakaan di Kolej aku tahun lepas.....tajuk cerpen aku ABAH..... aku mencerita saat-saat akhir aku bersama Abah....tapi apabila aku buka softcopy cerpen itu, aku pasti akan menangis....kebetulan aku mengarang cerpen itu ketika abah baru meninggalkan kami.... 

***************************
Abah,
Walau kini kita tidak lagi bersua,
Angah selalu berdoa kepada Allah,
Semoga abah damai di sana.



Al-fatihah untuk arwah abah
Johari bin Othman

*************************************

Nota kaki kiri: Pagi tadi melawat abah bersama keluarga dan isteri adik....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...