nak ikut.....

Monday, June 30, 2014

Artis di Bazar….

Alhamdulillah, hari ini cukup 2 hari kita berpuasa….ada yang sudah ponteng puasa?? Kalau kaum hawa tidak berpuasa, boleh dimaafkan sebab ada alasan yang kukuh…..tetapi kaum adam ni, kalau tidak berpuasa…tidak boleh dimaafkan kalau sihat…

Dan hari ini, hari kedua aku pergi bazaar di Kuala Lumpur…..tetapi bazaar yang berbeza….saja mencari menu yang unik….tetapi masih belum jumpa lagi la….ada tak menu yang unik yang anda sudah makan? Boleh share dengan aku di facebook ke…. Kebanyakan menu yang sama je aku jumpa, dan disebabkan kita membeli dalam keadaan yang lapar, semua kita nampak sedap…semua makanan kita rasa nak beli… oh my nafsu!!!!

Hari ini, aku terjumpa Aizat Amdan di bazaar….ala yang penyanyi fames tu….semalam aku jumpa Syawal Af tu….mungkin ada yang tak kenal kot….korang boleh tanya pakcik Google… aku hanya tengok je lah diorang….takde la sampai minta tanda tangan hehe….tapi yang syawal tu, aku saja lalu disebelah dia…nak tengok siapa lagi tinggi….serius dia memang tinggi, aku hanya paras takat telinga dia je….

Esok aku jumpa artis mana pula di bazaar ye?? Sebab esok aku sudah mula berpuasa di Melaka dan Ledang….ada ke artis kat bazaar Melaka dan ledang? Hehe….

Dan apabila masuk bulan Ramadan je….Kolej aku akan buat program Jom Singgah Sahur….tak sabarnya nak sertai….




Nota kaki kanan: Semoga Ramadan aku kali ini lebih baik daripada Ramadan ku yang lepas
Nota kaki kiri: Aik sudah bunyi dentuman mercun...baru puasa kedua...Harap jangan ada yang tercedera!!

Friday, June 27, 2014

Berpuasa di Kuala Lumpur

Hampir 3 tahun aku bekerja di Johor…

Dan setiap kali hari pertama Ramadan, aku akan berpuasa dengan keluarga aku…. Termasuklah kali ini… Aku akan balik ke Kuala Lumpur….

Dan kali ini Johor dapat 4 hari cuti iaitu hari khamis sebab JDT menang bola, Jumaat, sabtu dan ahad (Johor ambil cuti hari pertama puasa)…. Memang seronoklah dapat cuti lama di Kuala Lumpur…. Tetapi semalam, khamis aku perlu bekerja….pergi bertanding petanque di Batu Pahat…. Jadi aku balik ke Kuala Lumpur pagi tadi….banyak perubahan sudah berlaku di Kuala Lumpur ini…. Tapi yang pasti, apabila aku masuk je Kuala Lumpur….jalan mesti sesak….itu yang aku tidak alami di tempat aku kerja

Jadi di sini, aku ingin memohon maaf kepada semua andai aku ada melakukan salah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak….kira kosong-kosong lah…dan aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa!!




Nota kaki kanan: Program kolej sempena bulan puasa iaitu “Jom Singgah Sahur” akan kembali lagi untuk tahun ini…..tidak sabarnya!!!

Wednesday, June 25, 2014

Salam Terakhir….

Semalam adalah hari terakhir pelajar-pelajar aku di kolej….selepas ini, kemungkinan mereka bekerja atau sambung belajar

Dan semalam juga adalah hari terakhir yang dapat kami kumpul beramai-ramai….

Dan boleh pula, mereka ramai-ramai nyanyi lagu Salam Terakhir……lagu yang pantang aku dengar… kerana biasanya aku dengar lagu tu ketika potong bawang, jadi mata akan berair la heheh

Mereka start menyanyi lagu tu tanpa aku sedari….rangkap pertama mereka menyanyi

“Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Pada teman yang ku kenang,
Pemergian ku ini tak dirancang”

“Aduiii, apsal mereka nyanyi lagu ini….” Kata aku dalam hati…. Aku cuba tahan, tak kan nak nangis kot, tak macho la heehe….aku cuba fokus pada benda lain bukan pada lirik nyanyian mereka, buat-buat gelak atau bercakap dengan yang lain… Tapi mereka terus menyanyi dengan kuat….

“Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu”

Mata aku sudah mula bergelinangan….aku memang teringat abah….bait-bait liriknya betul menceritakan bagaimana aku tidak berkesempatan berjumpa dengan abah saat akhir….memang aku sangat rindu abah….aku cuba aplikasi petua orang supaya tidak menangis….pandang atas la, tidak kelip mata la…dan macam-macam lagi…..tetapi mereka terus menyanyi…

“Demi sebuah kenyataan,
Yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya,
Hanya berserah padanya”

Tanpa aku sedari, jatuh juga beberapa titis air mata aku…..walaupun mereka menyanyi dengan tempo yang lari dan salah heheh…Bukan aku tidak sedih mereka hendak tamat belajar, aku sedih sebab dalam tempoh 6 bulan ini banyak kenangan kitorang bersama…..kalau dulu ada yang pemalu, sekarang sudah berani berkata-kata…. Kalau dulu ada yang takut-takut nak bergurau dengan aku, sekarang berani kata “kecah la encik” haha….aku memang sedih mereka hendak habis, tetapi sekarangkan zaman teknologi? Boleh sentiasa berhubung di facebook, wechat, telefon, mesej dan lain-lain… tetapi bagaimana aku hendak berhubung dengan abah?? Hanya aku mampu kirimkan doa sahaja….tetapi tidak ada maklum balas dari abah….aku rindu untuk terima mesej abah yang panjang-panjang setiap kali hari jadi aku….

 Serius, aku memang tidak boleh dengar lagu ni…Mereka memang Berjaya nak buat aku sedih untuk berpisah dengan mereka huhu…tunggulah aku buat kompilasi video sepanjang semester, nak kenakan mereka pula…

Nota kaki kanan: Hari semalam merupakan hari yang akan aku ingat sampai bila-bila kerana banyak perkara indah berlaku, aku menang pingat emas dan gangsa untuk dua inovasi aku, audit 5s kolej aku berjalan dengan lancar, dan pelajar aku tamat belajar semalam serta kebetulan gambar mereka keluar dalam akhbar.




Nota kaki kiri: Banyak kenangan bersama, mengecat, bernasyid,berjual beli (usahawan), maskom, berlakon video, talentime, azan, port Dickson, badminton dan banyak lagi

Facebook: KJ Kun
Wechat: kjkun86
Instagram : KHAIRULJOHARI86
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...