Sangat penat hari ini….keletihan…
Mungkin sebab bangun awal pagi tadi untuk menonton bola
Piala Dunia German lawan Argentina…. Tahniah German!!!! Kampung Jerman semakin
popular la jawabnya….
Selepas habis menonton Piala Dunia, aku terus bersahur
dan bersiap-siap pergi kerja…..dalam bulan Ramadhan ni, aku agak awal la sampai
pejabat…..seperti biasa pada waktu pagi, aku akan mengajar sampai la ke petang….dan
waktu petang aku akan duduk di koperasi, mengemaskini koperasi…
Dengan koperasi banyak aku belajar tentang perniagaan……bagaimana
berbincang bersama pembekal, bagaimana berurusan dengan pelanggan….dan pelbagai
lagi… Hari ini, aku banyak berurusan dengan pembekal, bagaimana nak mintak
tangguh pembayaran…bagaimana nak minta di cepatkan hantar barang…..kadang-kadang
aku rasa muka ni sudah tebal 5 inci…..tapi takpelah, itu pengalaman
Sekarang ini, aku ada 3 matlamat jangka pendek aku untuk
bulan ini….
a)
Matlamat pertama aku, aku hendak memastikan
jualan koperasi Kolej Komuniti Ledang tidak merosot sangat untuk bulan puasa
ini….
b)
Berusaha mencari pembekal baju bengkel dan baju
chef yang dapat memberi harga yang berpatutan dan berkualiti.
c)
Cuba memastikan koperasi Kolej Komuniti ledang
mampu berdaya saing dan maju
Pening juga lah hari-hari cuba mencari idea untuk jualan
di Koperasi….susah hendak menjangkakan pasaran…. Tapi serius, berniaga ini
seronok!!! Kalau sesiapa ada idea untuk berniaga bolehlah hubungi aku di
Facebook.
Nota kaki kanan: Jom like page Koperasi Kolej KomunitiLedang…. Harga berpatutan!!!!