Betul ke sepanjang bulan Ramadan, syaitan dan
kawan-kawannya kena ikat??
Aku rasa sedikit pelik petang tadi…..ini kerana ketika
jam 5 petang, aku naik ke tempat aku di bilik pensyarah tingkat atas sekali……Biasanya
aku akan cuba menyiapkan kerja aku sedikit sebelum balik….dan kawan-kawan aku
selalu tegur
“Kau ni kerja syif petang ke? Pukul 5 baru nak naik atas…orang
lain dah nak balik”
Aku selalu naik waktu petang, selepas aku siapkan
kerja-kerja aku di bengkel atau koperasi terlebih dahulu… dan tadi ketika aku
naik, aku lihat semua lampu dan penyaman udara telah ditutup sepanjang aras
bilik pensyarah tu…..Jadi aku malas nak buka lampu dan penyaman udara kerana
aku merasakan aku hendak membuat kerja sekejap je…
Aku menyemak email dalam keadaan gelap dan agak panas…..aku
semak satu per satu email dan tiba-tiba….
Ada bunyi di belakang aku…..bunyi seperti penyaman udara di
belakang aku dihidupkan…..dan aku merasa sejuk….aku tidak menoleh ke belakang….
Aku berkata dengan diri aku
“Inikan bulan ramadhan, mana ada syaitan dan hantu”…aku
cuba menenangkan diri aku…
Dalam cubaan aku untuk menenangkan diri, tangan aku
dengan pantas mengemas buku-buku dan barang di atas meja yang aku hendak bawa
balik….Kelam kabut aku keluar dari bilik pensyarah itu tanpa menoleh ke
belakang….
Tiba-tiba, satu persatu cerita hantu yang diceritakan
oleh akak cleaner kepada aku muncul…. Betul ke tiada syaitan dan hantu di bulan
Ramadan?
Kalau betul tiada, kenapa ramai manusia yang macam hantu di bulan
Ramadan?? Mengaku islam tetapi tidak berpuasa?? Tiada perubahan sebelum bulan
puasa dan semasa bulan puasa…..