Hari ini hari jumaat….
Anda sudah mula memboikot Mc Donalds? Kalau ye, baguslah
harap ia berkekalan….jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja….
Sebenarnya, aku setuju usaha memboikot barangan Israel itu….tetapi
aku rasa geram apabila ada orang memboikot tidak menggunakan otak….
Ramai yang cuba menunjuk hero….seperti, pergi meludah
pekerja-pekerja restoran itu, kenakan pekerja dengan mempermainkan pesanan
melalui “lalu pandu”(drive-thru), menghimpit mereka di jalanan, memecahkan
cermin kereta yang ada pelekat restoran itu, merosakkan premis perniagaan dan
macam-macam lagi boleh lihat di facebook dan akhbar…
Apa nak jadi? Bukankah ia memalukan Negara kita dan agama
islam itu sendiri?? Kenapa perlu menghina mereka sebegitu rupa?? Kita memboikot secara
berhemah lah…. Betul ada yang kata,
“macam tiada kerja lain, siapa suruh kerja kat situ, kan
dah kena”
Mereka bekerja tiada niat pun untuk menyumbang kepada Israel…yup
betul, niat tidak akan menghalalkan cara….tetapi cuba bayangkan jika mereka
mempunyai tanggungan? Mungkin mereka mengambil masa untuk mencari dan menukar
kerja lain…. Bagi la masa…. Ini tidak, mereka pula di caci dan di hina….Aku memang
geram je apabila baca di facebook, semua nak menjadi pejuang…tetapi hanya “keyboard
warrior”… Tengoklah nanti, kalau kena batang hidung sendiri….beringatlah, hanya
Allah yang dapat menentukan orang itu masuk syurga atau neraka….
Tetapi yang aku sangat hairan, kenapa hanya Mc Donalds
sahaja di boikot?? Itulah yang menjadi kes, dimana mereka berhimpun memboikot
Mc Donalds tetapi menghisap rokok buatan Israel dan meminum air yang juga
mempunyai kaitan dengan Israel… Itu dinamakan boikot pilihan!!!! Seperti kes
coklat yang ada DNA khinzir….sibuk melaungkan ke sana sini, Babi itu haram
tetapi, berpegang tangan bukan muhrim “HALAL”, membuka aurat “HALAL”….dan
lain-lain…. Adoyai apa nak jadi dengan dunia ini…..
Nota kaki kanan: Pening memikirkannya!!!