Pagi tadi, walaupun Johor bercuti hari ini…tetapi aku
kena pergi juga ke ofis…..bagi menyiapkan pencalonan pelajar untuk Anugerah
Gemilang Pelajar (AGP)….. aku perlu menyelongkar semua fail-fail bagi mencari
bukti penglibatan pelajar di dalam sesuatu program….rasa rugi pula jika tidak
hantar pencalonan…. Menang kalah itu nombor dua…..janji kita berusaha….
Dan hari ini, aku masuk ofis….ditemani oleh akak-akak
cleaner je…yang lain semua tiada….seram juga!! Rakan-rakan yang tahu aku
bekerja hari ini mulalah menghantar cerita-cerita hantu….bagus punya kawan hehe….
Semasa aku mencari fail-fail sokongan, telefon aku
berbunyi….aku perhatikan pada skrin telefon… nombor dari KL….03 diawalnya…. dalam fikiran
aku, mesti orang jual insurans atau yang sewaktu dengannya….. aku pun angkat…..
Tepat sangkaan aku… dan dialog mereka seperti diprogramkan….sama saja dengan
mana-mana wakil insuran yang pernah call aku… salah satu ayatnya mesti
“Encik adalah orang yang bertuah kerana terima panggilan
kami”
Aku yang bertuah ke atau mereka yang bertuah?? hahah
Tetapi kali ini, yang call aku perempuan….dia kata nak
ambil masa aku lima minit…. Dah alang-alang tiada sesiapa temankan aku….aku
benarkanlah dia ambil masa 5 minit aku hehe… wah ayatnya kemain baik….. siap
cakap
“Betul ke encik khairul berumur 28 tahun? Suara sangat
muda…macam baru lepasan sekolah”
Ayat punya baik dia susun hahah…tapi aku cakap awal-awal
dengan dia
“Awak cakap lama-lama dengan saya nanti, tak semestinya
saya akan setuju tau dihujung nanti”
“tak pe encik khairul dengar penerangan saya dahulu”
Aku pun setuju….lama juga la dia terang kat aku pasal insuran
tu….aku dengar sahaja lah sambil tangan aku mencari dokumen yang aku perlukan…..
kalau dia tidak cerita pasal insuran, mungkin aku cair dengar suara dan
kata-kata manisnya tu hehehe…..
Dalam 15 minit juga dia terang kat aku…kemudian dia tanya
“Jadi macam mana encik Khairul? Berminat?”
“Saya tidak berminat”
“Kenapa encik khairul tidak berminat”, ada penegasan pada
suaranya seperti cuba memaksa aku
“Tak semua perkara perlu bersebab, lagipun saya dah ada
insuran”, balas aku
“Tapi insuran kami ini bagus”
“Camtu bagi masa saya buat perbandingan insuran cik
dengan insuran saya dulu”
“Tapi kena buat keputusan sekarang”
“Kalau sekarang, saya tidak berminat….lagipun saya dah
pernah kena tipu dengan orang yang jual insuran secara call ini…saya lagi suka
berjumpa secara depan”
“kalau macam tu…Assalamualaikum”, terus letak panggilan
telefon
Gadis Insuran Idaman aku sudah lenyap!!!
Aku peliklah dengan orang insuran yang telefon ini…..kenapa
perlu buat keputusan pada waktu itu juga?? Kalau benda itu bagus, bagilah masa
untuk pembeli berfikir….. sesuatu barang yang bagus tetap ada pembelinya… lagi
satu, ada ke penjual akan cerita yang buruk-buruk mengenai produknya?? Mesti
semua best-best je… pastu cerita banyak-banyak pada masa itu….ingat boleh masuk
ke semua??