Hari Pahang!!
Itu yang boleh dikatakan apa yang berlaku di Koperasi
Kolej Komuniti Ledang semalam…..Semalam, tiba-tiba aku terfikir untuk
memberikan diskaun 10 % kepada pembeli yang mempunyai kad pengenalan beralamatkan
Negeri Pahang….Memang kelakar dan mendapat sambutan semalam…
Ramai yang tiba-tiba mengaku orang Pahang semalam heheh,
sampai ada yang kata
“Saya tiada kad pengenalan Pahang encik, surat beranak
ada lah”
Ada yang tiba-tiba nyanyi lagu tok Gajah la haha….Aku tidak
terima semua itu…aku hanya terima kad pengenalan yang beralamat negeri Pahang…dan
ada juga yang telefon aku minta kelonggaran syarat tu, alamat negeri lain tapi
lahir di Pahang….aku terima la juga…maka alamat kad pengenalan Negeri Pahang dan
kod 06 di tengah-tengah nombor kad pengenalan hehe….
Seronok juga semalam tengok, sekumpulan pelajar masuk
tetapi kawannya yang negeri Pahang tolong bayarkan heheh….baru nak mengaku
kawan eh?? heheh
Nota kaki kanan: Walaupun agak lewat kami buat diskaun
itu…tetapi bahangnya masih terasa… Demam bola belum surut lagi…Mat yo tak
salah!!!