Alhamdulillah…..
Selesai juga program ceramah jenayah syariah dari pejabat
kadi ledang…..walaupun suratnya sampai agak lambat, tetapi program telah berjalan
dengan lancar….
Program berlangsung jam 2.00 petang tadi….Aku terima
surat 2 hari yang lepas, namun begitu aku sudah mendapat panggilan telefon awal
yang menyatakan pejabat kadi ledang ingin membuat ceramah jenayah syariah di
Kolej Komuniti Ledang. Aku Cuma tidak dapat menghebahkannya awal kerana tiada
surat hitam putih sebagai bukti untuk aku membuat memo kepada semua staf dan
pelajar kolej… Sehinggakan aku kena panggilan hangit untuk program ini…hehe..
Lurusnya aku sebab percaya!!!
Hari ini juga, berlaku pertindihan banyak program seperti
lawatan industri Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara ke kilang di Ayer Hitam….Program
team building staf kolej di Saujana Asahan…jadi banyak kelas telah dibatalkan
hari ini dan esok….
Dalam fikiran aku, memikirkan…..Ada ke pelajar nak datang
dengar ceramah pukul 2 ni nanti…banyak kelas sudah batal dan tiada…aku memang
sangat risau tadi…sebab takut objektif ceramah ini tidak kesampaian…
Jam 1.30 petang, selepas aku siap bersolat…aku terus
bergegas ke Dewan Kuliah…aku perhatikan ada la tidak sampai 10 orang pelajar di
dalam dewan…. Aku mula risau….nanti apa kata pihak pejabat kadi pula…
Dan Alhamdulillah, apabila kita membuat sesuatu yang baik…..Allah
akan mempermudahkannya….dan ketika masa menghampiri ke jam 2.00 petang, seorang
demi seorang datang memenuhi dewan…. Dan apabila pejabat kadi ledang datang
untuk memberi ceramah…dewan kelihatan hampir penuh…. Dan terima kasih juga
kepada Puan Pengarah, kerana sudi juga hadir walaupun agak sibuk menguruskan
kolej…
Ceramah tersebut sangat menarik dan banyak soalan
berkaitan jenayah syariah diutarakan oleh pelajar…. Tetapi dalam banyak-banyak topic,
pasal hubungan terlarang yang menjadi topic paling hangat heheh… Semoga ceramah
itu tadi, memberi kesedaran kepada semua supaya berhati-hati dalam mengharungi
kehidupan supaya ia berlandaskan ajaran islam…
Nota kaki kanan: ada macam gaya Pencetus Umaah tak aku
ni?? heheh
Nota kaki kiri: Esok rombongan cik Kiah ke KLCC hehehe