nak ikut.....

Wednesday, February 4, 2015

Kisah Aku dan Petanque…..

Petanque….

Apa itu petanque?? Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai sukan ini…..aku pun dulu tidak tahu juga…tetapi bermula dari tahun lepas, aku menjadi pegawai pengiring untuk membawa pelajar ke pertandingan petanque kebangsaan….aku mulai jatuh cinta dengan sukan ini….

Kalau dulu bermula dari tahun pertama aku jejak kaki di Kolej Komuniti Ledang, aku ditugaskan menjadi penyelaras bola tampar dari tahun 2012 sehingga 2014….itu juga sukan yang aku baru jinak-jinak…. Bermula dari tahun 2012 dan 2013, aku menjadi penyelaras bola tampar untuk pasukan wanita....tahun 2014 pula, aku menjadi penyelaras bola tampar untuk pasukan kolej lelaki dan wanita…..

Dan tahun 2015, aku minta untuk tukar dari penyelaras bola tampar ke penyelaras petanque…sebab bola tampar ini penat untuk membina satu pasukan…kena ada minimum 6 orang baru menjadi satu pasukan….itulah, rasa rugi juga kerana pelbagai kejayaan telah aku perolehi dari pasukan bola tampar.

Sukan petanque ini asing juga pada aku mulanya….tetapi aku suka sebab sukan ni memerlukan focus yang lebih dan aku selalu melihat permainan dari youtube dan turun berlatih pada waktu petang…Aku ajar beberapa orang pelajar untuk bermain petang-petang….sama-sama bermain sambil belajar…. Walaupun ada yang nampak sukan petanque ini seperti membuang masa sahaja…. Nak kata keluar peluh, tak ada lah banyak sangat….Ermmmm

Dan baru-baru ini, aku sahaja menghantar pasukan petanque aku menyertai pertandingan petanque kolej komuniti wilayah johor di Bandar tenggara…. Sebab kami biasa berlawan sesama sendiri, tidak pernah melawan pasukan lain….lagipun kami tidak pernah mendapat pembelajaran sukan petanque ini secara formal….hanya melalui video dan pemerhatian sahaja… jadi ini merupakan satu pendedahan kepada mereka…..mereka juga boleh belajar benda baru.

Aku menghantar 1 pasukan triple lelaki, 1 pasukan triple wanita, 2 pasukan double campuran, 3 pasukan double lelaki, 1 pasukan double wanita dan 1 pasukan staf untuk kategori terbuka dimana aku bergandingan dengan pegawai sukan….

Alhamdulillah, kami memperolehi kejayaan di mana pasukan triple wanita menjadi johan, pasukan double campuran menjadi johan dan naib johan, pasukan double lelaki mendapat naib johan dan tempat keempat dan aku bersama pegawai sukan mendapat nombor ketiga…… Aku sangat berpuas hati untuk percubaan pertama ini…..

Serius aku cakap, pelajar aku termasuk diri aku sendiri juga…menggeletar ketika mula-mula hendak main…. Tetapi seperti selalu aku tanamkan dalam diri pelajar aku, jangan mengalah sebelum mencuba… jangan dengar komen yang menjatuhkan tetapi dengarlah komen yang membina….


Misi seterusnya adalah pertandingan di Port Dickson…kali ini lebih mencabar….sebab bukan hanya peserta Kolej komuniti Wilayah Johor sahaja….tetapi terbuka antarabangsa…doakan kami Berjaya!!!!  


Nota kaki kanan: Nampaknya aku perlu pakai Qu Puteh ni.....makin gelaplah aku!!!

Thursday, January 29, 2015

Hari terakhir….



29 Januari 2015…..

Tarikh yang akan menjadi ingatan kepada semua warga Kolej Komuniti Ledang….Di mana pengarahnya, Puan Hajah Sapiah binti Aluan mengucapkan selamat tinggal dan akan bertugas di Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak nanti….Pengarah terpaksa berpindah kerana Berjaya diatas permohonan kenaikan pangkatnya.

Dan Pengarah baru yang akan menggantikan Puan Hajah Sapiah adalah En Jamaluddin Ali yang bertugas sebelum ini sebagai pengarah Kolej Komuniti Rompin..

Aku yang sudah 3 tahun di Kolej Komuniti Ledang ini ingin mengucapkan selamat tinggal pada Puan Hajah Sapiah, semoga sukses di tempat baharu…dan tidak lupa kami semua di sini…dan bagi Encik Jamaluddin Ali, selamat datang ke Kolej Komuniti Ledang…

Hari ini sahaja 3 program berjalan serentak iaitu Sambutan Maulidurrasul, Amanat Pengarah & Majlis Perpisahan Puan Hajah Sapiah binti Aluan dan Kem JPP & Priss di Agroloka…Agak penat sebab aku terlibat secara langsung di dalam ketiga-tiga program…


Saturday, January 24, 2015

Selamat tinggal Samsung….



Argh….sangat tragik, pemergiaannya tanpa sempat ku hantar…..ia pergi tepat pada masanya..
Betul-betul pada hari gaji keluar….Arghhh tension!!

Setelah setahun lebih, akhirnya telefon Samsung aku menjatuhkan diri sehingga skrinnya pecah….. kali ini aku tidak sempat menyambutnya…..selalu biasanya sempat je aku sambut…. (Nampak sangat telefon tu kerap jatuh hehehe)

Dan apabila aku survey harga untuk skrin tu….aku terfikir lebih baik aku tukar baru sahaja….sebab harga hampir sama dengan telefon baru….maafkan aku Samsung, bukan aku sengaja tak nak baikimu hehehe….

Jadi begitulah hayat Samsung aku….hanya tersimpan rapi dirumah…kini aku pakai telefon lain…. Jadi kebanyakan nombor telah hilang….silalah PM aku nombor anda semua di Facebook aku…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...