Hari ini aku berbuka di luar…..di kedai makan Teratak….
Aku duduk di sebuah meja yang berhampiran dengan bahagian masakan barat….
Ketika aku sedang berbuka, aku melihat seorang lelaki
india yang agak berusia datang menghampiri tukang masak perempuan di bahagian
masakan barat itu… Bukan aku sengaja untuk mendengar perbualan mereka….tetapi
suara mereka agak kuat sehingga aku dapat mendengar butiran perbualan mereka.
“Adik, saya nak bungkus fries ye”, pesan pakcik india itu
“Okay pakcik, tunggu sekejap ye”, balas tukang masak
perempuan itu
“Adik sudah berbuka puasa ke? Berbuka la dulu sikit”, Tanya
pakcik itu kerana melihat gadis itu sibuk menyiapkan makanan
“Sudah lama, saya tidak berpuasa hari ini”, balas gadis
itu
“Eh kenapa adik tidak berpuasa”, pakcik itu keliru
Dan aku dengarlah gadis itu cuba menerangkan kepadanya
yang gadis mempunyai alasan dan sebab dikecualikan berpuasa…
Aku tersenyum. Kan seronok hidup apabila kita saling
mengenali, memahami dan menghormati budaya bangsa lain..
Nota kaki kanan: Cepatnya nak raya….masih belum tiba mood
nak raya lagi….pasti aku akan merindui Ramadan
Nota kaki kiri: Esok majlis Ihya Ramadan peringkat kolej…dan
aku jadi pengarah program….harap semuanya berjalan lancar… kita hanya mampu
merancang, tetapi perancangan Allah paling terbaik!!!
Nota tangan kanan: Add aku di Facebook KJ KUN heheh