nak ikut.....

Friday, June 26, 2015

Minggu Suai Kenal….

26 Jun 2015

Hari ini hari kedua Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar baru ambilan Julai 2015, Kolej Komuniti Ledang…. Pengambilan kali ini, aku pergi gatal-gatal setuju untuk membuat 3 hari….selalunya sehari sahaja…. Sudahlah dalam bulan puasa…. Aaahhh bulan puasa bukan alasan untuk aku bermalas-malasan…

Dan pengambilan kali ini juga, kami selit slot di Taman Negara Gunung Ledang….dan pengambilan kali ini juga, pelajar perempuan lagi sikit daripada pelajar lelaki kerana Sijil Pastri tiada pengambilan kali ini… Dan pengambilan kali ini juga, kami menggunakan kemahiran-kemahiran pelajar untuk menjadi fasilitator, aku memantau dari jauh sahaja…..setakat hari ini aku berpuas hati!!!


sesi taklimat KJKK
sesi taklimat KJPSH
sesi refresh minda
Slot di Taman Negara Gunung Ledang
Dan esok adalah hari terakhir MSK sebelum pelajar-pelajar baru ini memulakan sesi pembelajaran mereka pada hari ahad nanti…..Dan esok juga dalam perancangan ada slot stompers…..akan mencari bakat-bakat baru stompers….tak sabar nak tengok esok apa jadi heheh

Dan sejak pendaftaran pelajar baru pada 24 jun yang lepas, mesti aku tertidur awal disebelah malamnya….malam ini aku cuba tahan mata untuk mengemaskini blog ni….sudah bersawang habis ni… dan kepada adik-adik di luar sana, jika berminat untuk mengambil sijil di dalam bidang servis kenderaan ringan, sijil pengoperasian perniagaan dan sijil teknologi penyejukandan penyamanan udara bolehlah datang terus ke Kolej Komuniti Ledang sekarang ini….. Kami masih membuka proses pendaftaran untuk pengambilan bulan Julai ini. Jumpa anda di KKLJ

Dan sekolah-sekolah area tangkak dan jasin yang berminat untuk memanggil kami bagi menjalankan slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bolehlah menghubungi aku di facebook….heheh sempat promosi!!!

Nota kaki kanan: Enjoy walaupun agak penat!!!

Nota kaki kiri: Program seterusnya adalah Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran


Nota tangan kanan : Pada masa sekarang ini, kami menjalankan kutipan sumbangan ‘RM Seringgit Untuk Semua’. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bolehlah hubungi/whatsapp aku di 0176807564

Kutipan sumbangan untuk orang yang memerlukan

Nota tangan kiri: banyak lagi gambar program MSK di facebook KKLJ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...