nak ikut.....

Sunday, June 21, 2015

Semester Baru

Pejam celik pejam celik…sudah 4 hari kita berpuasa…

Sudah 5 hari juga aku bercuti….esok kena kerja semula….cepat sungguh masa berlalu…

Mood bercuti masih ada lagi ni…

Walaupun bercuti, tetap membawa kerja bersama….Sampai emak aku sudah bising…Macam mana aku tak bawa bersama kerja balik KL, bulan depan je banyak program anjuran unit kami…. Dengan bermula 24 Jun ni pengambilan pelajar baru, minggu suai kenal, majlis berbuka puasa dan jom singgah sahur bergabung dengan Jabatan Pembelajaran SepanjangHayat (JPSH)



Aku nak fokus satu-satu…Jadi program paling dekat adalah pendaftaran pelajar baru dan Minggu suai Kenal… Pendaftaran pelajar baru bagi Kolej Komuniti Ledang akan diadakan pada 24 Jun 2015 ini… Bagi adik-adik yang masih tidak tahu nak sambung belajar di mana, jom daftar di Kolej Komuniti Ledang…. Ada 4 kursus yang ditawarkan namun untuk pengambilan Julai ini hanya di buka 3 kursus sahaja iaitu Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Servis Kenderaan Ringan… Sijil Pastri ditutup setakat ini….Untuk maklumat lanjut, klik laman web Kolej Komuniti Ledang, Facebook KKLJ atau telefon 06-9783620

Manakala, minggu suai kenal (MSK) kali ini akan diadakan selama 3 hari, dari 25 hingga 27 Jun ini….permintaan dari kaunselor… Yela kalau sehari penuh dengan taklimat sahaja….tak puas!!! Dan aku minta diselitkan satu slot di Gunung Ledang….itukan identiti ledang ini heheh….jangan pelajar-pelajar baru ini minta berendam dalam air pula sudah….inikan bulan puasa!!


Aku harap 2 program terdekat ini berjalan dengan lancar….dan semester hadapan, aku tidak tahu lagi kena mengajar semester mana….tetapi yang pasti semester hadapan kita bergelap kembali….team petanque kembali aktif, sudah gian ni heheheh


pengarah minta aku cari pelapis, bila aku tengok gambar ni...ramainya semester akhir..biasalah nak akhir baru aktif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...