Hari Sabtu…..
Oh hari ini aku perlu bertugas sempena Pelancaran Program
Islam Sepanjang Hayat (PISH) oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd
Yassin di tempat aku kerja, Kolej Komuniti Ledang… Tetiba rasa bangga sekejap
hehe
Untuk hari ini, aku tidak ada tugas yang khusus…sebab aku
berperanan sebagai Jawatankuasa Kerohanian yang banyak fokus kepada majlis
semalam di Masjid Jamek Ledang iaitu Bual Bicara Timang Tinggi-Tinggi…. Agak
menarik bual bicara semalam ditambah pula dengan persembahan qasidah untuk
majlis pembukaan…..
Dan hari ini, adalah sambungan daripada majlis semalam….iaitu
hari pelancarannya…. Dan kebetulan, turut diundang sekolah-sekolah agama yang
pernah aku mengajar kursus pendek dan rumah-rumah anak yatim yang kami pernah
buat program disitu… Jadi adalah beberapa orang yang aku kenal terutamanya
daripada Rumah anak yatim Ledang seperti Syed, Amirul, Hakim dan lain-lain…
Sempat aku berborak dengan mereka dan bertanya khabar….
Mereka siap tanya, bila aku hendak membuat program di tempat mereka lagi….
InsyaALLAH, aku memang merancang hendak membuat satu program dalam tahun ini di
tempat mereka.
Dalam aku berborak-borak dengan mereka, mereka ada
menyatakan keinginan mereka,
“Abang, kalau la saya dapat bersalam dengan TPM…”
“Jom, ikut abang”, aku mengajak mereka ke satu tempat.
Adik-adik tunggu je kat sini, InsyaALLAH TPM akan lalu
sini…. Kebetulan aku sebagai tuan rumah, aku mengetahui laluan TPM dalam majlis
itu….dan syukur TPM melalui laluan itu dan aku gembira apabila anak-anak yatim
itu dapat bersalam dengan TPM….walaupun ramai orang bersesak-sesak…. Mungkin
Allah permudahkan urusan anak-anak yatim tersebut… Dan Aku?? Aku tidak sempat
bersalam dengan TPM….
Nota Kaki Kanan: Orang lain sibuk uruskan TPM hadir, aku
pergi buka koperasi buat jualan hehe… Untung!!!!