nak ikut.....

Monday, October 20, 2008

Tahniah Akak Nicol...

Aku bangga giler dengan cik Nicol ni...beliau memang pemain terbaik squash di alam dunia ni.. beliau berjaya menebus kehampaan tahun lalu apabila merampas kembali gelaran skuasy Terbuka Dunia dengan kemenangan ke atas Vicky Botwright. Tabik spring aku untuk beliau..toink..toink...Malaysia Boleh! Nicol Boleh! Kj pun Boleh!! Aku pun skang tengah cuba berjinak-jinak dengan sukan squash ni..dah alang2 projek design aku berkaitan squash ball launcher..aku kena design benda alah ni...bukan senang oww...skang dah ambil masa sebulan lebih utk menyiapkannya..pagi tadi akhirnya aku dapat siapkan gak..harap berfungsi la seperti yang diharapkan masa kena present depan lecturer nanti huhu...berBalik kepada sukan squash...aku tgok macam mudah je cara mainnya...aku pernah gak cuba...lagi penat daripda main badminton oww...macam ni kurus r aku...ingat nak beli alat2 sukannya..mahal gler siot...raket je dah cecah ratusan...satu biji bola dah sampai rm 10....masa main rasa macam pukul duit rm 10 je huhu sayang ow...x pe r..nanti bila aku dah keje aku nak beli gak alatan squash ni..nak main dengan bini hahahah

Sunday, October 19, 2008

tution rumah Barkat terakhir....aku x dapat g...

Hari ni (19 okt 2008) merupakan tution terakhir kat rumah barkat utk musim ni...aku rasa terkilan sangat sebab x dapat join...coz aku ada 2 test utk ari ni...pada belah petang (ekonomi) & bela malamnya (finite)...mesti aku rindu adik2 kat sana...harap mereka semua berjaya la...nanti klu aku free, aku akan turun lagi ke rumah barkat tu..

Menurut laporan radzi dalam group kelab penyayang, mereka akan berkonvoi beramai2 ke rumah barkat, kemudian xtvt dimulakan dengan program tuisyen TERAKHIR utk sesi ini kpd anak2 yatim umah barkat. Selepas itu mereka akan pergi beraya ke rumah cik sarimah (bekas penasihat kelab Penyayang). Knapa la ada test masa ni??hurm...




SeLamAt TinggAl CerMin Mata Biru Ku.....

Masuk kali ni dah 4 kali rasanya aku tukar cermin mata sejak aku mula pakai masa form 5..cermin mata aku yang terakhir berwarna biru tu telah hilang masa raya ari tu akibat kecuaian aku..cermin mata tu mengalami akibat yang sama dengan cermin mata yang terdahulu darinya..huh cermin mata pertama aku bengkok akibat terhimpap dan x bleh dibaiki...cermin mata yang kedua (x ada bingkai) pecah sebab aku bawa tido sekali huhu biasa r masa matrik study atas katil..yang ketiga (biasa) dan keempat (bingkai tebal - cermin mata biru aku) hilang..yang terbaru ni aku beli jenis bingkai separuh...ni pun idea ayah aku...bila aku pakai cermin mata baru ni, baru aku sedar ramai kenalan rapat aku sebenarnya x berkenan dengan cermin mata biru aku tu...ramai kata x sesuai r, menonjol sangat r, dan macam-macam lagi...tp kenapa ketika cermin mata biru itu sudah tiada?? kesian cermin mata biru aku tu...banyak kenangan terindah aku bersamanya...biar r dia ilang dengan tenang...(hahahha apa yang aku merepek ni daa!!)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...