nak ikut.....

Monday, January 5, 2009

Madah Cinta......

Semester baru sudah bermula seminggu. Bilik aku kat KtR ni masih x di kemas lagi. Jadi aku ambil lah peluang hujung minggu lepas untuk mengemas bilik. Sedang aku kemas bilik n susun2 fail aku terjumpa lah satu keratan majalah yang berkaitan madah cinta huhuu...aku x ingat mcm mana ada keratan tu..keratan tu x diguna oleh aku untuk mengayat awek eh..aku kan baek huhuhu.Di sebabkan aku tersangatlah baik, aku ingin berkongsi madah cinta tu dengan korang... Madah cinta ni amatlah berguna bagi lelaki-lelaki yang kering idea untuk memikat (ala2 Dr. Love plak haha), pasti cair perempuan kalau tgok korang bermadah...(aku x pernah cuba lagi, klu x berkesan jgn marah ye hehe)....

1. Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan.Manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.


2. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

5. Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi
manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

6. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

7. Semua orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap
orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

8. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan
sendirinya cinta itu akan hadir.

9. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.

10. Cinta ibarat pasu antik ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk
jatuh berderai.

11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.

12. Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi
lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

13. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

14. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi mambangkitkan kekuatan.Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

15. Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-
ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

p/s: Selamat bermadah

Sunday, January 4, 2009

Salam tahun baru 2009...

Salam Tahun baru..ari ni sudah ari ke empat kita dalam tahun 2009 dan seminggu dalam tahun 1430 hijriah....Sori geng sebab hampir sebulan x update blog...biasa r cuti semester kita kena cuti puas-puas (sebab tu lah berat badan aku naik; makan tido pastu makan balik n tido hehehe), berbalik kepada tahun baru, walaupun kita berasa teruja dan seronok menyambutnya sama ada di dataran atau mana-mana je (aku sambut atas katil je sambil layan movie huh..), kita perlu memandang ke belakang mengimbas kembali sepanjang 2008 untuk muhasabah diri...Bagaimana dengan tahun 2008 korang?? adakah kita telah melakukan yang terbaik sepanjang hidup ni, menjadi rakyat dan ummah yang berguna?? jika belum kita kena meningkatkan usaha lagi untuk tahun nie bagi menjadi yang lebih terbaik...

Ni la Citer yang aku tngok pada malam tahun baru..

Dan seperti biasa bila masuk tahun baru je, secara automatik kita akan tanam azam baru, betulkan??aku pun x terkecuali..azam tahun baru aku nak belajar bersungguh2, biasa r dah last semester baru dapat kesedaran huhu n menjadi insan yang berguna.(selain berusaha turunkan berat badan hahaha)...aku nak my parents menangis sebab bangga dengan aku, bukan menangis sebab kecewa dengan aku...aku akan berusaha mencapai azam ni supaya x r jadi mat jenin moden yg hanya kaya dengan angan-angan indah saje...selamat Tahun Baru!!!

Friday, October 31, 2008

Aku semakin tua......thanx semua

Dengan berbunyinya dentingan jam 12 pagi (ting tong), bermakna dengan rasminya aku telah bertukar menjadi cinderela....eh bukanlah..tapi aku telah melangkah ke usia baru...lebih matang..berapa umur aku yerk??19 tahun??20tahun??21?? x kisah lah berapa umur aku kerana ia just a number huhuhu. Ramai juga lah kawan aku yang telah wish besday aku sama ada melalui frenster, mesej, blog, call dan sebagainya...terima kasih banyak2 k...Rasa terharu pada korang semua...ada pelbagai gaya kreatif yg korang cuba sampaikan...ada yang nyanyikan dan tujukan lagu untuk aku, ada yang buat entri khas di blog untuk aku (thanx eni), menghantar mesej2 menarik pada aku, bagi hadiah....thanx semua..aku terasa nak nyanyi lagu besday untuk diri sendiri r...

happy birthday to me...

happy birthday to me...
happy birthday to kj

happy birthday to me...

gambar nie eni buat khas untuk aku...trimas yer

last...
aku harap sangat segala dugaan yang mendatang dapat aku lalui dengan ketenangan....psm, projek finite, projek design, usahawan dan yg sewaktunya dapat aku selesaikan dalam waktu yang ditetapkan
Moga tercapai segala impian ko ek!!!!
Amin!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...