nak ikut.....

Tuesday, February 3, 2009

Aku vs lelaki romantik..

"wei, cuba kau tengok pasangan yang duduk kat meja sebelah nie" kata kawan aku. Ketika tu, aku lepak bersama kawan dekat kafe sambil menunggu kawan yang lain datang.Aku pun toleh..usha...x ada apa2 yg lain pun...biasa r, pasangan bercinta..makan berdua..

"Ish ko ni..tengoklah betul2...diorang makan sepinggan...romantik gler...bestnya kalau aku romantik gak"kata kawan aku tu.."Ish ko ni, muka macam lanun, ada hati nak romantik, mau awek ko tergelak nanti..haha" kata aku selamba...Dalam sika
p aku yg x mengendahkan kata2 kawan aku tu, aku masih memikirkan juga...adakah setiap wanita mengidamkan pasangannya berjiwa romantik??Ish susah la macam ni...tak semua lelaki tergolong dalam kategori romantik nie...termasuklah aku..x menafikan!

Bagi aku romantik2 nie merimaskan lah...bagi aku, sifat romantik nie hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, mengikut keadaan dan tempat sesuai je...xyah lah sampai kat kafe, makan sepinggan...x kenyang r macam tu hahha

Bagaimanakah baru seseorang lelaki itu dilabelkan romantik??Adakah apabila memberi patung beruang (teddy bear), kad yang penuh dengan kata cinta, bunga pada hari teristimewa, berpegangan tangan ketika berjalan bersama dan makan dengan bercahayakan lilin di hotel mewah atau restoran? Ish susahnya nak buat...malu r...aku kan lelaki yang membesar dengan adat2 ketimuran hahaha

romantiknya orang utan ni...makan berkongsi...nak belajar dari orang utan ni lah

Sunday, February 1, 2009

Susahnya nak memahami seorang wanita.....

Entri ini terkeluar bukan sebab aku anti gurl..malah cuba untuk memahami dan mendekati kaum hawa ni...aku ramai kawan gurl dan pernah gak alami situasi dimana aku x faham apa yang sebenarnya diorang nak…aku pening r..susah betul nak fahami gurl ni.., aku x faham apa yang dia suka dan apa yang dia benci.Bukan diorang nak beritahu pun kat aku…diam membisu..Bila aku dah buat silap, tarik muka…muncung panjang kalah cencurut…Padahal aku sendiri pun x tahu apa yang dirajukkan…boleh pening memikirkannya..Aduhh bleh gugur rambut rebonding aku macam ni..BOTAk!!

Ini lah cencurut...utk sape2 yang tak kenal.. comelkan

Betul ke gurl ni sukar di fahami??Kalau tanya kat gurl mesti diaorang kata lelaki yang sebenarnya sukar difahami…ntah lah…hanya gurl yang betul2 memahami gurl.. contohnya seperti situasi ini yang aku pernah alami sendiri…masa tu aku betul2 bz, n kawan perempuan aku ni ajak keluar jumpa.. kata ada hal penting…tetap bertegas nak jumpa.. aku pun jumpa sebab dia kawan lama aku n nanti merajuk pula jika x jumpa… tapi masalahnya, bila dah jumpa ajak makan n borak2 kat warung je…apa sebenarnya yang dia hendak ni??mana hal penting tu??. Ish2 pening kepala aku..

p/s: Masih cuba memahami wanita…sape nak jadi cikgu aku??..kriteria terpenting mestilah seorang wanita..hehe

Friday, January 30, 2009

Mengidam semasa mengandung??Arghh peningnya aku!!

Tahukah anda terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil sebagai MENGIDAM bukan MENGADA k. Apasal tetiba tajuk entri aku ari ni pelik je....haha..sebenarnya semalam aku dinner sambil ditemani 3 orang gadis jelita (ye ke??), antara tajuk perbualan mereka adalah mengenai mengidam ketika mengandung lah...

Ada pakar perubatan mengatakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dan seterusnya meningkatkan kepekaan deria bau dan deria rasa pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Jadi tidak hairan lah berlaku alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon tersebut.

Ada wanita mengandung mengidam coklat atau nasi beriani yang dijual di kedai berhampiran sahaja. Itu tak pe..mudah diperolehi..tapi kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2 @ 3 pagi (kesian kepada para suami…tapi tak pe sebab sayang isteri punya pasal). Cuba lah korang bayangkan macam mana aku nak melayan kerenah2 isteri2 aku yang mengidam nanti??PARAH!!

Mengidam boleh mendatangkan MASALAH apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti benda yang bukan makanan atau "pica" seperti ingin memegang hidung harimau, mengidam pengilat kasut (kiwi), mengidam minum air buih sabun dan sebagainya. Ada juga yang suka cium seluar dalam sewaktu mengandung. Jadi, terpaksalah suami dia menyorok semua seluar dalam termasuk yang bersidai di ampaian...ish2 dahsyatnya...Kalau x silap aku, mak aku mengidam mangga masam ketika mengandungkan aku...sebab tu aku suka air mangga.. (cuba bayangkan, jika ada ibu mengandung mengidam bau ketiak suami...apa jadi dengan anak dia nanti??huhuhu). Tetapi jika seseorang ibu itu mengidam bau ketiak suami yang berpeluh..ia sebenarnya bagus walaupun kelihatan geli...emosi ibu yang mengandung adalah tidak stabil, maka pelukan daripada suami dan bau badan suami itu sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung.

Apa jadi kalau tak penuhi permintaan ibu mengandung yang mengidam?? Kata orang2 tua, nanti air liur anak itu sentiasa meleleh...erm..entahlah,kalau x caya cubalah..huhu

p/s:Boleh buat bisnes ni kalau jual peluh para suami di pasar malam. Sebotol RM 5..ok tak??huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...