nak ikut.....

Saturday, April 25, 2009

Kerana Kelab Penyayang UTM

Entah lah tetiba dalam kesunyian malam ini..jari aku rajin menekan papan laptop ni..meluahkan segalanya mengenai kelab penyayang UTM…Kelab ini sudah banyak mengubah hidup aku…banyak kenangan aku bersama kelab ini…ada pahit dan manisnya…dari dulu aku yang pendiam…kini aku tidak berhenti bercakap…dan bila aku diam, mesti orang ingat aku demam…Kenapa aku masuk kelab penyayang?? Cuma 1 je,aku masuk kelab ni kerana aku suka kanak2…aku suka jika diberi peluang mengajar di rumah Barkat (rumah anak2 yatim)…tapi bukan mudah untk mendapat peluang itu…aku dapat mengajar disitu pun selepas 3 tahun aku dalam kelab ini…

setelah aku berdaftar secara rasmi sebagai ahli, aku hanya diajar join program makan2 aje…dinner sana dinner sini…dah la aku masuk tanpa ada kawan2 lain…hanya aku seorang saja…aku masih ingat lagi ketika aku pergi dinner kat dewan jamuan…tema yang dimsj kpada aku adalah kemas dan sopan…aku pun pergi dengan hanya memakai baju kemeja hitam, berseluar jeans dan bersandle…bila aku masuk ke dewan jamuan tu, mata semua tertumpu dkat aku…aku seolah2 salah tema…rasa nak balik pun ada…tema sebenarnya adalah elegan dan sopan…pakaian aku mlm tu kalah dgn pakaian waiter…aku duduk je di kerusi belakang…sebab aku x ada teman..tetiba datang seorang gurl ni dkat aku…dia ajak aku duduk semeja dgnnya…borak2…aku memang x kenal dia…tp dia sgt peramah…mlm tu berlalu dengan aku berteman.. klau x de gurl tu aku x tau mcm mana mlm tu…

bermula dari situ, aku mula aktif dengan kelab penyayang..macam2 program telah aku sertai…dari berkayak, induction camp, jualan pesta konvo, khidmat bakti perkampungan orang asli, GEGAR U,kursus fasilitator dan banyak lagi…Namun bgtu aku tidak lagi berjumpa dengan gurl itu lagi…mungkin dia telah grad kot sangkaan aku…dari kelab ini, aku telah mendapat ramai kawan dari fakulti dan kolej lain…mungkin x pernah terlintas dalam fikiran yang kita akan menjadi kawan…semua itu ketentuanNya…dan kini perpisahan yang akan terjadi tak lama lagi juga adalah ketentuanNya…Buat kali terakhir, aku terlibat dengan program Kelab Penyayang…aku menjadi pemantau bagi Malam 1000 bintang…iaitu satu malam yang menghargai budak2 final year seperti aku.. aku bersemangat dengan program ini, sebab ia adalah 1 malam yg menghimpunkan ahli2 kelab penyayang yang aku pernah bekerjasama…dari yang junior sehinggalah senior…dan aku x sangka, yang aku akan berjumpa kembali dgn gurl itu…dia masih mcm dulu…tetap peramah…rupanya dia pun akan grad sama dgn aku..

entah lah aku rasa sayang nak tngalkan UTm dan Kelab Penyayang ni..aku dapat beberapa msj dari ahli kelab yg mengatakan diorang sedih nak berpisah… aku tahu mereka ikhlas menyayangi dan bersahabat dengan aku…menerima aku seadanya…dan aku pun menyayangi persahabatan yang di berikan itu..aku berharap perhubungan yang terjalin ini akan kekal selama2nya…

Friday, April 24, 2009

Kisah Minyak

Minyak!Minyak!Minyak! Sepanjang minggu ini, hidup aku asyik berkaitan dengan minyak je.Nasib baik aku x jadi orang minyak. Pertamanya, adalah berkaitan dgn projek final aku sebelum grad ni..tajuknya ialah fast pyrolysis of scrap tires...mesti x faham kan..senang citer aku perlu tukarkan tayar2 terbuang tu menjadi minyak yang berguna…walaupun aku dah present projek tu minggu lepas, tetapi supervisor aku suruh gak aku buat lagi 1 experiment isnin lepas…nasib baik menghasilkan minyak banyak…kalau tak, ada yang naik minyak nanti…yela aku ada final paper rabu lepas…x study apa2 lagi…tapi dia suruh buat experiment plak…aku terpaksa ikut r…kang dia bagi gagal plak, terpaksa extend 1 semester….Naya!!

Kisah keduanya plak, enjin motor aku mati kelmarin ketika tgah bawa laju2…nasib baik x ada apa2 berlaku…pas enjin tu mati, aku berhenti la kat tepi jalan…ingat x ada apa2..just biar motor tu cool sekejap…mungkin semput berlari laju kot…pas rehat kejap, motor tu dapat start balik..tapi boy yg membonceng jadi takut…x nak naik..aku paksa…motor dapat bergerak sprit biasa…itu kisah kelmarin.. tapi semalam, perkara yang sama terjadi..berdekatan dgn tmpat pertama ia terjadi..ketika itu aku nak pergi minggu saham amanah malaysia (MSAM) kat plaza angsana…tapi situasinya yg lebih bahaya…enjin mati ketika aku tngah pecut bas…aku tetap cool, tapi boy dah mengepit kaki kuat2…alasan dia, perlakuan mengepit tu merupakan tindakan refleksi akibat kemalangan motor dahulu…ALASAN SANGAT!! Seperti biasa, aku berhenti di tepi jalan…bagi motor aku take a break…aku pun call ayah aku, tanya pasal kejadian tu dan alang2 aku dah lama x call rumah hehehe..Aku dah tahu puncanya…aku pun terus g worksyop…”Bang, tukar minyak hitam”orang bengkel tu pun terkejut, kering habis minyak hitam motor aku masa dia menukarnya…mana la aku tahu, x sampai sebulan aku tukar hehhehe

Kisah ketiga plak, aku ngan boy teruskan perjalanan ke MSAM, sampai di sana ada pelbagai pameran… kitaorang lepak hampir sejam gak disitu…ketika nak balik, kitaorang diminta jawab kuiz kat booth Sime Darby..kononnya senang r…aku copy je jawapan boy…malas nak cari n fikir la hahah..pas hantar borang tu, aku dapat hadiah…MINYAK MASAK SAYURAN….apa kejadahnya??aku nak buat apa dengan minyak masak ni??Nak buat hamster goreng?? Minyak masak tu masih tersimpan rapi di dalam almari aku… Sape2 nak beli, aku boleh jual…haha

p/s: aku masih gigih ‘menjual minyak’.

KINI & MENDATANG
Yang akan datang, DAH DATANG!!
Yang bEluM dataNg PasTinya AKAN DATANG!!
JAdi kena TeNgok-tenGok, JelIng-Jeling, Pandang-PandanG
Ia Tidak Mampu DihalaNG..
Ia TetaP Akan DAtang..

BerSEdia kah ANda??
NANTIKAN
....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...