nak ikut.....

Wednesday, October 27, 2010

Main dengan Kreatif

Apa perkara pertama yang akan korang buat kalau singgah kat website Utusan Malaysia dan Harian Metro??
a) Baca tajuk utamanya
b) Baca bahagian sukan terlebih dahulu
c) Baca bahagian hiburan terlebih dahulu
d) Tak baca apa-apa...sebab tak kan singgah..

Tapi bagi aku, perkara pertama yang akan aku buat ketika singgah di website akhbar utusan Malaysia dan harian metro ialah main iklan P1 W1max yang ada HAHAHA…..iklan yang muncul di bahagian atas website tu sangat menarik perhatian aku….bagi aku, ia sangat kreatif….aku akan tekan iklan tu banyak kali…tapi belinya tidak AHAHAHA…

Iklan w1max kat website utusan Malaysia

Iklan W1max kat website harian metro


p/s: kenapa lah iklan tu bukan nuffnang kan??heheh

p/s/s: korang tekanlah bnyak2 iklan yang keluar dalam blog ni eh….baru lah entri2 yang menarik akan keluar heheheh

Tuesday, October 26, 2010

Sepatutnya dipraktikan di Malaysia juga..

Kalau Itali boleh buat, kenapa Malaysia tidak boleh buat???

Alkisahnya, sebuah bandar di Itali bercadang untuk melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian yang menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat… Jika peraturan itu dilanggar, maka pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000…wah banyak tu….

Sedang aku google mencari gambar tudung tetiba aku jumpa dua gambar ini....korang cari la 8 perbezaan dari kedua-dua gambar ini (macam kuiz dalam akhbar metro plak heheh)


p/s: Aku dengar negeri Kelantan ada amalkannya…..akan keluarkan saman pada siapa-siapa yang dedah aurat kat negeri tu…betul ke??

p/s: teringin sangat nak jalan-jalan di kelantan
Sumber gambar: thezaila.blogspot.com dan kasihabadi.com

Monday, October 25, 2010

Isteri bukan hak milik, tapi anugerah…

Menyirap je aku baca akhbar Metro ni…bukan sebab akhbar tu, tapi sebab berita dalamnya….ada ke patut si suami mendera isterinya dengan kejam hanya kerana masakan si isteri tidak menepati seleranya…si isteri dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan di kencing…..bukan maksud dikencing (ditipu) tu….tapi memang betul-betulnya kencing kat muka oleh suaminya… Walaupun aku lelaki…tapi aku tak sokong langsung tindakannya…

Lebih malang lagi…(tak tahu la lebih malang atau sebaliknya) si suami itu turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.Yang aku peliknya…usia perkahwinan pasangan terbabit baru menjangkau usia dua tahun….masih terlalu muda….tetiba aku teringat kata-kata emak aku…”masa bercinta semuanya indah…semua menjadi perlakon terhebat…tapi bila dah kahwin @ memiliki seseorang itu, baru nampak diri sebenarnya”…


Isteri bukan hak milik, tapi anugerah. Kalau nak anugerah yang terbaik, maka jadilah suami yang terbaik.
Isteri bukan hamba sahaya, tetapi teman berkongsi rasa, susah senang hidup bersama.
Suami bukan tuan kepada hamba, tapi peneman dan pelangkap kepada hidup isteri tercinta
.
sumber: metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...