nak ikut.....

Thursday, August 8, 2013

Banyak ke dapat duit raya?

Sudah berapa banyak duit raya yang Berjaya di kumpul??

Aku?? Langsung tiada….kene beri duit raya adalah hehehe

Dan aku rasa, ada seorang budak, berumur dalam 3 tahun, di kampong aku ni paling banyak dapat duit raya…. Walaupun dia tidak ikut tips yang aku berikan dahulu, cara untuk mendapatkan duit dengan banyak…

Dia guna cara sendiri…dan aku rasa sangat berkesan….hehe

Nak tahu caranya??

Pagi tadi semasa solat sunat hari raya, ayah budak ini ditugaskan untuk mengutip derma semasa khutbah hari raya disampaikan…Maka ayahnya menjalankan tugas lah dengan menyalam setiap jemaah, baris demi baris dengan menghulurkan uncang duit untuk jemaah yang ingin menderma memasukkan duit ke dalamnya…

Dan apabila budak ini melihat ayahnya bergerak meninggalkannya, maka dia mengikut ayahnya juga…dan yang paling comel, dia mengikut setiap tingkah laku ayahnya dengan turut menyalam setiap jemaah yang sedang mendengar khutbah raya….

Disebabkan keletahnya yang sangat comel, aku perhatikan ada jemaah yang memasukkan duit ke dalam poket baju melayunya….agak ramai yang berbuat begitu…beruntung budak itu, mesti banyak duit raya yang diperolehinya….

Tetapi adik-adik, ingatlah hari raya bukan lah pesta untuk mengumpul duit raya….tetapi lebih besar hikmah dan nikmatnya…bersama-samalah kita menghayatinya…


ada tuan rumah yang guna dakwat kekal ke?? hehe

# Kepada adik-adik yang belum mendapat duit raya dengan banyak, boleh mengikut tips yang abg KJ berikan dulu hehe

Tuesday, August 6, 2013

Kad raya lewat



Hari ini aku pergi kerja macam biasa….Ofis sudah mulai sunyi…Aku hanya ditemani oleh akak cleaner sahaja…. Dia sibuk dengan kerja dia, aku pun menyibukkan diri aku dengan kerja aku….

Sebenarnya, aku malas nak ambil cuti raya ni sebab keluarga aku balik kampung pada malam raya… jadi tiada sebab musabab aku hendak ambil cuti awal…. Baik aku pergi kerja daripada duduk dirumah dan buat macam-macam kerja yang tertangguh ni… Niat di hati hendak buat senarai graduan dari dulu hingga sekarang, tetapi malangnya sistem capaian data graduan ada masalah…

Akibat sudah kebosanan di ofis, aku pun mengemaslah tempat kerja aku ni…rasanya kali terakhir aku mengemasnya adalah semasa proses hendak audit amalan 5S heheh… Sedang aku mengemas laci aku, aku terjumpa beberapa keping kad raya yang masih kosong…. Aku apa lagi, ambil pen dan terus mengarang kepada rakan-rakan yang aku ada alamatnyalah….

Walaupun aku tahu sekarang ni mana ada lagi orang yang hantar kad raya, tetapi sekali sekala jadi ‘orang lama’ kan seronok? Dan aku sangat yakin kad raya yang aku pos tadi tidak sempat sampai sebelum raya dan aku harap penerimanya akan terharulah apabila menerimanya nanti walaupun lambat heheh




# Ada yang masih tidak berpuasa walaupun hari-hari terakhir Ramadan…

#Siapa yang anda rasa paling lawak di Malaysia? Jom undi

Monday, August 5, 2013

Akibat suka menunjuk!!!

Inilah akibatnya kalau suka sangat menunjuk-nunjuk…. Diri sendiri yang rugi….

Aku telah mengalaminya… ini lah akibat apabila membeli kuih raya main tunjuk-tunjuk je….Dan apabila sampai ke rumah, dikiranya ada 10 jenis kuih raya….siapa yang nak makan banyak-banyak ni??

Sudahlah duduk di rumah tu seorang diri, maka hari-harilah kena makan kuih raya sampai habis…. Tahun lepas, satu jenis pun aku tidak beli, tahun ni terlebih pula…..mungkin sebab dapat “bonus raya” kot hehe

Jadi kepada sesiapa yang hendak datang raya tahun ini, dipersilakan hehe….kuih raya dah menanti tetapi duit raya dah habis heheh…..

Dan disini juga aku ingin mengucapkan selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin andai ada entri aku selama ini yang mengguriskan hati atau ada komen yang tidak berbalas…. Jom add aku di facebook KJ KUN J




#Setakat hari ini aku sudah dapat 2 kad raya heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...