nak ikut.....

Sunday, February 23, 2014

Sejoli

Sejoli!

Misi mencantas cinta

Semalam aku berpeluang menonton filem Sejoli arahan Osman Ali bersama rakan aku… Boleh tahan lah filem ini…dari 10 bintang, aku bagi la 6 bintang… Filem ini gabungan romantic dan kelakar….agak terhiburlah…. Untuk rehat-rehat kan minda….Tak perlu nak pening-pening kepala fikir jalan ceritanya….

Aku setuju untuk menonton filem ini, sebab  pelakon-pelakon yang hebat membintanginya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Bront Palarae, Azad Jasmin dan Dira Abu Zahar…. Serius dalam filem ini, Maya Karin sangat cantik tetapi aku rasa agak seksi lah…..Oh aku sudah jatuh cinta!!! Hehe

Yang lagi best, pemandangan dalam filem ini sangat cantik terutamanya pengambaran di Thailand…. Boleh jadi salah satu tempat untuk berbulan madu nanti hehe…..



Okay, mari aku cerita sikit sinopsis filem ini….Ia mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy (Remy Ishak) anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita (Izara Aishah) seorang model terkenal. Kemudian mereka berdua membawa diri ke Phuket, Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan tanpa disengajakan diantara Gina dan Joe. Kemudian, mereka mendapat idea untuk berkomplot dalam misi mencantas cinta sambil dibantu oleh Lola (Dira Abu Zahar) dan Joned (Azad Jasmin) apabila mendapat tahu ex-ex mereka berdua bercinta dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Disinilah bermula babak-babak kelakar dan mencuit hati…..Berjayakah misi mereka dalam mencantas cinta? Mana boleh aku bagi tahu….kena tengoklah heheh….

Nota kaki kanan: Dalam entri seterusnya, aku akan menceritakan kisah cinta pelajar aku…. Nantikannya J

Nota kaki kiri: Jom sertai kursus asas pembinaan blogspot pada 28 februari 2014 ini di Kolej Komunti Ledang. Daftar Sekarang!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn Norazila) untuk tempahan kursus. Maklumat lanjut sila berhubung di SINI


Wednesday, February 19, 2014

Penyakit pelajar semester akhir

Bukan Sekali…tetapi sudah banyak kali aku perhatikan, ragam pelajar-pelajar semester akhir….. mesti akan dijangkiti satu penyakit yang sama….

Kebetulan, ini kali kedua aku pegang kelas pelajar semester akhir….aku perhatikan “penyakit” ini mesti berjangkit kepada pelajar semester akhir

Penyakit apa?

Penyakit mula hendak aktif pada semester akhir……sedangkan sebelum ini sudah ada 3 semester berlalu…. mereka tidak hirau langsung mengenai aktiviti kolej… Dulu mereka hanya tahu, pergi ke kolej, belajar dalam kelas dan balik ke rumah….Kalau ada sebarang aktiviti yang berlangsung di kolej, jangan harap hendak melihat muka mereka masuk…hendak melihat bayang-bayang mereka, lagilah jauh hehe

Tetapi apabila sudah berada di semester akhir iaitu semester keempat, mereka mula berubah….mula menjadi peramah, tegur dan bergurau dengan pensyarah….mula datang awal ke kelas…..dan yang paling aku terkejut, mula hendak menyertai aktiviti kolej dan mengisi masa lapang dengan bersukan di kolej…..

Aku rasa mereka hendak meluangkan sebanyak mungkin masa di kolej, kerana mereka sudah berada di semester akhir….mungkin mereka akan rindu kolej ini nanti apabila sudah habis belajar nanti….

Bagi aku…..aku gembira dengan perubahan ini, mungkin belum terlambat lagi untuk mereka berubah…. Aku harap perubahan ini akan berkekalan sehingga mereka memasuki alam pekerjaan nanti… Perangai yang elok itu haruslah dikekalkan, perangai yang tidak elok itu….cubalah tinggalkan perlahan-lahan ye… hehe


 bergambar dengan pelajar aku selepas persembahan nasyid :)

Nota kaki: Ingin menyertai kursus pendek asas pembinaan blogspot? Daftar sekarang.. Segera!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn. Norazila) untuk tempahan kursus atau di facebook


Saturday, February 15, 2014

Kursus Asas Pembinaan Blogspot

14 Februari 2014 yang lepas, iaitu hari Jumaat dimana kebanyakan Jabatan kerajaan di negeri Johor bercuti…..aku pula awal-awal pagi sudah terpacak di ofis…. Aku diminta untuk mengajar kursus pendek kepada komuniti setempat… iaitu Kursus Asas Pembinaan Blogspot…

Kebiasaannya, aku mengajar kursus blog ini kepada pelajar sekolah…dan aku biasanya perkenalkan diri aku sebagai Abang KJ kepada murid-murid ini hehe…. Dan kursus blog yang baru lepas ini, aku kena mengajar komuniti setempat yang lebih berusia daripada aku….Maka terpaksalah aku memperkenalkan diri sebagai Encik Khairul heheh

Ini adalah pertama kali….aku kena mengajar kursus blog untuk orang dewasa…..kira berdebar-debar juga lah hati ini…..sebab bagi aku, nak tackle kanak-kanak lagi mudah daripada orang dewasa….takut masa 5 jam kursus berjalan terasa lama dan terseksa pula hehe

Dan syukur Alhamdulillah, kursus berjalan sangat lancar dan enjoy…. Dan aku berpuas hatilah dapat berkongsi ilmu, harap mereka semua berpuas hatilah dengan kursus aku ini….. dan biasanya di akhir kursus ini, aku akan memberi borang soal selidik….dan aku akan membaca komen-komen yang diberi supaya aku dapat mempertingkatkan lagi teknik aku mengajar….. ada yang positif dan negative….tapi semua aku ambil sebagai motivasi….dan komen kursus baru-baru ini semuanya positif….Alhamdulillah!!!


"Kursus sangat bagus, pengajar sangat bagus. Tolong contact saya sekiranya ada kursus baru (ICT)" - Encik Sahizan Bin Mohd Sari



Nota kaki kanan: Ingin mempelajari kursus-kursus pendek yang paling murah dipasaran? Hanya tempah tempat anda di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...