nak ikut.....

Sunday, December 7, 2014

Volunteer Malaysia

Semalam….

6 Disember 2014….

Satu Malaysia diadakan hari sukarelawan….disebabkan aku duduk di negeri johor. Maka sambutannya yang dianjurkan oleh iM4U adalah di hutan Bandar taman rekamas, simpang renggam….

Kalau ikut GPS dari Kolej Komuniti Ledang….jarak tempat itu adalah dalam 1 jam 30 minit sahaja…tapi setelah menimbang pelbagai kemungkinan seperti kelewatan pelajar dan naik bas ke sana…mungkin ambil masa dalam 2 jam…kami perlu tiba disana sebelum pukul 8.30 pagi…. dan semalam aku sudah terpacak di kolej pada jam 6.00 pagi….untuk agihan sarapan pagi dan baju…

Seperti aku jangka, pukul 6.00 pagi…hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang sudah sampai…. Nasib baik ada kumpulan whatsapp….jadi hanya hantar “panggilan mesra” untuk cepat hadir di situ… Kalau nak telefon semua 40 orang itu, boleh habis kredit aku jawabnya heheh….dan kebetulan pagi itu hujan turun….jadi aku bagi kelonggaran sehingga 6.30 pagi sahaja…

Tepat jam 6.30 pagi kami bertolak….dan sampai tepat 8.30 pagi di simpang renggam….turun sahaja bas, kami terus bersarapan dan dibahagikan tugas….kumpulan sukarelawan dari Kolej Komuniti Ledang dibahagikan kepada dua kumpulan….satu kumpulan membuat tugasan di taman dan satu kumpulan lagi disurau.


Mungkin ini adalah pengalaman pertama bagi sesetengah peserta, kerana mereka perlu mengecat, memotong daun pokok kelapa, mencabut ubi dan lain-lain…. Agak kelakar gelagat mereka mencabut ubi… (video boleh disaksikan di facebook PRISS KKLJ)….



Walaupun cuaca kelihatan seperti tidak mengizinkan kerana kadang-kadang gerimis….namun ia tidak mematahkan semangat kesukarelawan dalam diri pelajar….dan aku juga terjumpa junior aku semasa belajar di UTM dulu…

Program selesai selepas waktu zohor, dan kami pulang ke kolej….walaupun kepenatan, tetapi aku yakin mereka mempelajari sesuatu…

Nota kaki kanan: kewangan terhad tetapi banyak lagi program pelajar beratur dalam bulan terakhir tahun 2014 ni…..adoyai, kena pandai urus!!


Nota kaki kiri: Program hujung minggu ini, Lawatan sambil belajar dan Putrajaya Explorace!!!

Nota tangan kanan: Kecewa Malaysia Kalah...tetapi masih ada peluang lagi....Bangkit Malaysia!!!

Wednesday, November 5, 2014

Kerana Pahang!!

Hari Pahang!!

Itu yang boleh dikatakan apa yang berlaku di Koperasi Kolej Komuniti Ledang semalam…..Semalam, tiba-tiba aku terfikir untuk memberikan diskaun 10 % kepada pembeli yang mempunyai kad pengenalan beralamatkan Negeri Pahang….Memang kelakar dan mendapat sambutan semalam…

Ramai yang tiba-tiba mengaku orang Pahang semalam heheh, sampai ada yang kata

“Saya tiada kad pengenalan Pahang encik, surat beranak ada lah”

Ada yang tiba-tiba nyanyi lagu tok Gajah la haha….Aku tidak terima semua itu…aku hanya terima kad pengenalan yang beralamat negeri Pahang…dan ada juga yang telefon aku minta kelonggaran syarat tu, alamat negeri lain tapi lahir di Pahang….aku terima la juga…maka alamat kad pengenalan Negeri Pahang dan kod 06 di tengah-tengah nombor kad pengenalan hehe….

Seronok juga semalam tengok, sekumpulan pelajar masuk tetapi kawannya yang negeri Pahang tolong bayarkan heheh….baru nak mengaku kawan eh?? heheh



Nota kaki kanan: Walaupun agak lewat kami buat diskaun itu…tetapi bahangnya masih terasa… Demam bola belum surut lagi…Mat yo tak salah!!!

Saturday, November 1, 2014

Jadi pedoman

Eh hari ini sempat pula aku membuat dua entri hehe

Sebenarnya aku nak sangat kongsi cerita ini, aku tak ingat di mana aku baca….tapi diharap ia menjadi pedoman

Alkisahnya, suatu hari seseorang telah menyebar fitnah dan memburuk-burukkan nama seorang bangsawan. Kemudian, dia datang kepada bangsawan itu untuk meminta maaf kerana menyesal di atas apa yang sudah terjadi…

“Aku janji tidak akan mengulanginya lagi…Katakan apa sahaja yang aku perlu lakukan bagi menebus kesalahan ku”, kata orang itu

“Tidak ada apa-apa”, kata bangsawan itu

“Pasti ada yang boleh aku lakukan”, paksa orang itu

“Disebabkan kamu mendesak aku juga, maka bawakan aku sebuah bantal bulu”

Orang itu segera pergi dan kembali dengan membawa bantal bulu bagi menebus kesalahannya

“Sekarang apa aku perlu buat?”, tanya orang itu

“Berdirilah di tengah jalan dan bukalah bantal itu”, terang bangsawan itu

Orang itu melakukan apa yang diperintahkan. Bulu-bulu dari bantal itu keluar dan terbang ditiup angin

“Jadi kau sudah maafkan aku?”

“Belum….kemudian kumpulkan bulu-bulu itu semula dan masukkannya ke dalam bantal kembali”

“Tetapi itu tidak mungkin, bulu-bulu itu sudah terbang jauh”

“Demikian juga dengan apa yang telah engkau lakukan kepadaku…Beritanya sudah tersebar luas dan sekarang engkau tidak dapat membersihkan namaku yang telah tercemar”kata bangsawan itu

Nota kaki kanan: walaupun tengok bola di hadapan TV di rumah sahaja, tetapi semangat pakai baju merah biru heheh….hidup JDT!!!


Nota kaki kiri: aku nak cuti je sebenarnya heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...