Yeah akhirnya aku Berjaya menawan Gunung Ledang…… Gambar
ini menjadi bukti
nak ikut.....
Sunday, June 14, 2015
Saturday, February 21, 2015
Adat melayu berniaga….
Pernah tak terjadi pada korang….
Perkara ini, aku lihat di depan mata aku sendiri….tapi
ini dah banyak kali berlaku, Cuma baru kali ini berkesempatan untuk menulis di
dalam blog ini..
Alkisahnya, semalam aku pergi makan di kedai makan…macam
medan selera...kira banyak kedai dan tempat makan di kongsi bersama….
Kebetulan, semalam terlalu ramai orang….dan memang ada satu kedai tu sangat
fames….kerana dengar katanya pernah masuk ‘Jalan-jalan cari makan’.
Aku pun pada mulanya hendak membeli di kedai tu tetapi
terlalu ramai yang beratur dan meja makan di hadapan kedai itu sudah penuh……aku
pergi ke meja makan yang kosong tidak berjauhan dari kedai itu… Aku tempah je
pada kedai makan yang berhampiran…kebetulan aku tengah sangat lapar pada waktu
itu…. Memang ketara sangat, kedai makan yang fames tu dan meja-meja dihadapannya penuh
dengan orang tetapi kedai lain ada la seorang dua pelanggan….
Dan ketika aku sedang makan, datanglah satu keluarga
duduk di sebelah meja aku…. Datanglah penjual di hadapan kedai yang terdekat
untuk mengambil pesanan….aku terdengar perbualan mereka…bukan berniat untuk
memasang telinga ye…
“Ye, nak order apa??”, tanya pelayan itu
“Maaf, kami dah order di kedai itu”, balas si ayah
menunjuk ke arah kedai fames itu
“Kalau macam tu, tidak boleh duduk disini, kena duduk di
sana”, balas pelayan itu
Keluarga itu seperti tercenggang, dan aku pun toleh ke arah
meja-meja di hadapan kedai yang fames itu, memang tiada tempat kosong….Keluarga
itu bangun beralih ke arah meja-meja di hadapan kedai fames itu….mungkin
menunggu ada pelanggan yang sudah habis makan….
Aku hanya menggelengkan kepala…..adat kalau melayu
berniaga!!!
Nota kaki kanan: Ingin mendapat diskaun dan point dengan
berbelanja menggunakan kad pengenalan?? Hubungi aku di:-
Facebook : Kj Kun
Instagram: KhairulJohari86
Wechat :kjkun86
Whatsap / Call / Mesej: 0176807564
Wednesday, February 4, 2015
Kisah Aku dan Petanque…..
Petanque….
Apa itu petanque?? Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai
sukan ini…..aku pun dulu tidak tahu juga…tetapi bermula dari tahun lepas, aku
menjadi pegawai pengiring untuk membawa pelajar ke pertandingan petanque
kebangsaan….aku mulai jatuh cinta dengan sukan ini….
Kalau dulu bermula dari tahun pertama aku jejak kaki di
Kolej Komuniti Ledang, aku ditugaskan menjadi penyelaras bola tampar dari tahun
2012 sehingga 2014….itu juga sukan yang aku baru jinak-jinak…. Bermula dari
tahun 2012 dan 2013, aku menjadi penyelaras bola tampar untuk pasukan wanita....tahun
2014 pula, aku menjadi penyelaras bola tampar untuk pasukan kolej lelaki dan
wanita…..
Dan tahun 2015, aku minta untuk tukar dari penyelaras
bola tampar ke penyelaras petanque…sebab bola tampar ini penat untuk membina
satu pasukan…kena ada minimum 6 orang baru menjadi satu pasukan….itulah, rasa
rugi juga kerana pelbagai kejayaan telah aku perolehi dari pasukan bola tampar.
Sukan petanque ini asing juga pada aku mulanya….tetapi
aku suka sebab sukan ni memerlukan focus yang lebih dan aku selalu melihat permainan dari
youtube dan turun berlatih pada waktu petang…Aku ajar beberapa orang pelajar untuk
bermain petang-petang….sama-sama bermain sambil belajar…. Walaupun ada yang
nampak sukan petanque ini seperti membuang masa sahaja…. Nak kata keluar peluh,
tak ada lah banyak sangat….Ermmmm
Dan baru-baru ini, aku sahaja menghantar pasukan petanque
aku menyertai pertandingan petanque kolej komuniti wilayah johor di Bandar tenggara….
Sebab kami biasa berlawan sesama sendiri, tidak pernah melawan pasukan lain….lagipun
kami tidak pernah mendapat pembelajaran sukan petanque ini secara formal….hanya
melalui video dan pemerhatian sahaja… jadi ini merupakan satu pendedahan kepada
mereka…..mereka juga boleh belajar benda baru.
Aku menghantar 1 pasukan triple lelaki, 1 pasukan triple
wanita, 2 pasukan double campuran, 3 pasukan double lelaki, 1 pasukan double
wanita dan 1 pasukan staf untuk kategori terbuka dimana aku bergandingan dengan
pegawai sukan….
Alhamdulillah, kami memperolehi kejayaan di mana pasukan
triple wanita menjadi johan, pasukan double campuran menjadi johan dan naib
johan, pasukan double lelaki mendapat naib johan dan tempat keempat dan aku
bersama pegawai sukan mendapat nombor ketiga…… Aku sangat berpuas hati untuk
percubaan pertama ini…..
Serius aku cakap, pelajar aku termasuk diri aku sendiri
juga…menggeletar ketika mula-mula hendak main…. Tetapi seperti selalu aku
tanamkan dalam diri pelajar aku, jangan mengalah sebelum mencuba… jangan dengar
komen yang menjatuhkan tetapi dengarlah komen yang membina….
Misi seterusnya adalah pertandingan di Port Dickson…kali
ini lebih mencabar….sebab bukan hanya peserta Kolej komuniti Wilayah Johor
sahaja….tetapi terbuka antarabangsa…doakan kami Berjaya!!!!
Nota kaki kanan: Nampaknya aku perlu pakai Qu Puteh ni.....makin gelaplah aku!!!