nak ikut.....

Thursday, May 3, 2012

Syukur Nayati sudah ditemui….


Ini lah perkhabaran yang paling gembira aku terima hari ini…..setelah aku terpaksa bekerja hari ini selepas aku bercuti sakan selama 5 hari heheh….Kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilapor diculik dua orang lelaki berhampiran sekolahnya minggu lepas, telah ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Rawang

Ketika aku bercuti dan pergi membeli-belah di KL, aku lihat terpampang banyak poster gambarnya di mana-mana sahaja… di dalam lif, di tangga, di tempat letak kereta….di lampu isyarat….dan sebagainya. Tindakan cepat polis dan masyarakat yang prihatin telah membantu menyelamatkan adik Nayati…. Kebelakangan ini, aku lihat semakin banyak budak kecil dan anak dara yang hilang, jadi awasilah anak-anak anda…

p/s (i): Banyak kes berlaku sekitar Rawang dalam seminggu dua ni….

p/s(ii): Syukor ada polis!!!

1 comment:

redlomo said...

bagus la.. hebat polis malaysia...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...