skip to main |
skip to sidebar
Aku harap sangat kerajaan akan mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana bagi aku ia banyak memberi kesan positif kepada budak2 ni..Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.. Biasa lah klu dah namanya pelajar, especially pelajar melayu...kena beri sedikit tekanan baru mereka tekun belajar dan menguasai bahasa tersebut..yelah klu macam pelajar sains tulen, jika x bagus dalam bi, maka ia akan mempengaruhi keputusan dalam subjek fizik, kimia, biologi, matematik tambahan, matematik, dan bahasa inggeris. Jadi secara tidak langsung mereka akan mencuba juga mempelajari dan menguasai bahasa antarabangsa tersebut..Lagipun sekarang pengajaran di Universiti adalah di dalam BI...mesti pelajar2 yang dimanjakan ini akan terkejut beruk dan tidak dapat meneruskan pembelajaran di U atau keputusan mereka tidak seberapa...Adakah kita hendak melihat anak bangsa ini hanya mempunyai SPM aje....Mungkin ada yang mengatakan aku ni tidak patriotik...tidak mempertahankan bahasa kebangsaan...tapi aku rasa orang yang kata begitu yang sebenarnya tidak sayangkan anak bangsa kita...sampai bila anak-anak kita hanya menjadi jaguh kampung yang hanya menyuarakan pendapat di warung2 kopi bukan di pentas antarabangsa..Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku dan memberi contoh seperti negara Jepun, German dan Rusia yang menggunakan bahasa kebangsaan mereka...Memang aku setuju...tapi adakah negara kita sudah maju dan tidak bergantung dengan negara lain seperti Jepun??Jika masih juga hendak menggunakan bahasa Malaysia...aku x bantah..tapi panjangkanlah masa pengajaran bahasa inggeris di kelas....Masih memikirkan cara terbaik........