nak ikut.....

Wednesday, January 14, 2009

Aku, lelaki kurang normal & My girl....

Kepada semua yang bergelar LELAKI, kalau ada perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang diorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan kelembutan dan ayat yang tersirat.Ye lah, perempuan la katakan…Aku plak jenis yang LURUS, x faham ayat yang berkias2 huuhu

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu...klu you jawab budak perempuan tu kena lah...
Lelaki kurang normal jawab: You lagi lawa daripada dia..
Aku jawab: Secara jujurnya budak tu lagi lawa tp dia bukan my type..i suka macam you chuby2, sedap peluk...(cakap jujur, x baik tipu huhu)
_____________________________________________

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom la pi makan. Lapar sangat ni!
Lelaki kurang normal jawab: belum..I tahu you mesti dah lapar..Jom kita g makan nak...
Aku jawab:Belum lagi...tapi x pe lah I tahu you on diet...jadi I sama2 berlapar dengan you.. (jimat duit, klu makan mesti kena bayar harga utk 2 org)
_____________________________________________

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah satu untuk I.
Lelaki kurang normal jawab: I belikan untuk you...you ambil je yang mana2 berkenan..
Aku jawab:Ish x lawa r...baju gaun ni x ada poket pun (sebut je apa2 kekurangan baju tu dan cepat2 berlalu pergi)..susah you nak simpan duit syiling nanti..
_____________________________________________
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la...
Makna tersembunyi: Tolong la picit kepala I.
Lelaki kurang normal jawab: I picitkan kepala you ye..
Aku jawab: Nah duit ni, pergi la beli panadol kat kedai depan tu...
_____________________________________________
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong I basuh kain-baju sekali, yek.
Lelaki kurang normal jawab:Awak g siap2, kita makan kat luar je..nanti balik I basuhkan baju2 tu..
Aku jawab: You rehat la dulu...nanti dah hilang letih tu..you bangun masak n basuh baju la..
_____________________________________________
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Lelaki kurang normal jawab: I pun suka berkawan dengan you...You pun baik, memahami bla bla bla…(sama seperti apa perempuan tu kata cuma tambah 'pun' je...ingat ni pertandingan copy ayat ke???)
Aku jawab: Jangan r puji2 lebih...nanti kembang plak I hahahah
_______________________________________________
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Bagi banglo 3 tingkat 1 biji...BMW keluaran terbaru 1 bijik dulu sebelum nak menikah lagi satu.
lelaki kurang normal jawab: I x kan kahwin lagi satu...you je satu2nya dalam hati I.
Aku jawab:I nak kuar jap, nak g jabatan agama..nak ambil borang kahwin lagi satu supaya you sign ye...I dah lama tunggu you bg kebenaran ni...
_______________________________________________
Kalau perempuan kata : dah lama rupanye kite bercinte ekk..
Makna tersembunyi : cepat2 laa pinang I....I nk kawin nihh...[tersengeh2 malu]
Lelaki kurang normal jawab: I akan hantar pinangan hujung minggu ni ke rumah ibu bapa you yer..
Aku jawab: Ala you ni..kita baru jer bercinta 5 tahun...kita genapkan je lah 10 tahun k..

Tuesday, January 13, 2009

Undian Terakhir...

Hari ni merupakan ari terakhir aku mengundi dalam pilihan raya..Ish Pilihan raya apa ni?? Mesti korang ingat aku ni dah x siuman kan??Hish..bukan pilihan raya kat Kuala Terengganu tu..aku pun x pernah jejak kaki lagi kat situ..tapi teringin nak turun kat sana r..ni pilihan raya kampus (PRK) UTM yang berlangsung ari ni...penuh bangunan fakulti dengan poster calon2 yg bertanding...kira PRK kali ni meriah, kerana berlaku pertembungan hebat diantara Gelombang merah (evolusi mahasiswa) dengan gelombang oren (promahasiswa)..kira berlaku Tsunami kat UTM ni r...
Aku punya semangat pergi mengundi awal pagi lebih kurang dalam pukul 9 pg..pusat mengundi x buka lagi tu...jadi aku g makan dulu, kemudian baru mengundi..aku dapat no giliran yg ke 110..aku diminta untuk memilih 3 calon dari 5 utk calon fakulti, dan 10 calon dari 23 untuk calon umum...aku ni x ada r peminat fanatik kumpulan merah atau oren...aku mengundi sebab diri calon itu sendiri..and sorry to say, aku mengundi kesemua calon oren untuk calon fakulti dan untuk calon umum agak seimbang r..
Bila nak keluar dari pusat mengundi, biasanya pengundi dari fakulti mekanikal mesti ada dapat something...biasa r..pengundi fakulti ni yg paling liat nak mengundi, jadi terpaksa membuat tawaran hadiah2 menarik...tahun2 lepas ada pelajar yang dapat tiket kapal terbang g langkawi... aku harap tahun ni aku dapat huhu...aku tgok no bertuah tu adalah 111...argh melepas aku..aku merajuk, membawa diri dan membuat keputusan, ini lah undian terakhir dari aku...uish aku bkn senang2 nk merajuk, hati kental ow..ni sebab, aku dah last semester...dah x ada kesempatan untuk mengundi lagi haha...apa2 pun undilah calon yang berwibawa, supaya membawa masalah yang kita hadapi ke pihak atasan..selamat mengundi!!
p/s: nak cuba campurkan air sirap (merah) dan air oren....sedap ke huh??

Monday, January 12, 2009

Argghh...Dia telah meniduri aku..

Argghhh...Alamak!! terbangun lewat plak ari ni...ish jam dah menunjukkan jam 7:45 pagi..ada kelas pukul 8 plak ni...ini lah akibatnya kalau tidur jam 6 pagi (bukan sengaja tidur lewat tp petang semalam marathon tido 8 jam, jadi mata x ngantuk)..isk kena cepat siap ni..mandi ala kadar je lah...asalkan basah dan x ada bau..huhu...

Aku sampai kelas dalam 8.10 pagi (ni first time tau aku terlewat untuk semester ni haha)..aku masuk dengan selamba, sambil tunduk muka..ahaha biasa r muka masih macam baru bngun tido..kena cover r..kelas sampai pukul 11..dalam kelas asyik terbayangkan katil je..ngantuknya..

Habis kelas, member ajak makan plak..makan sambil borak2..sedar2 dah pukul 12..isk nak balik ni, nak tido (xkisah la walaupun baru lepas makan)...baru je landing x sampai 5 minit, member aku ajak plak g giant...pergi membeli belah..aku ikut je lah..balik semula bilik dalam pukul 2..

Mata dah x tahan ni...cepat2 aku buka pintu, n golek atas katil..tidur...dibuai mimpi2 yg indah, bukan mimpi basah k...tiba2 aku tersedar dari tidur,aku terasa seperti ada makhluk tidur di sebelah aku, banyak bulu plak tu..Euw..aku cepat2 bangun dari katil..Pelbagai persoalan bermain di kepala aku..ish apa yang dia dah buat pada aku, masa aku tidur??..Berani dia meniduri aku??Dia mesti bertanggunjawab atas semua ni??Dia buat seperti tidak ada apa2 berlaku... tensennya!!! Malah memujuk aku dengan manja untuk sambung tidur dengannya...Persoalannya adakah aku masih teruna??..


ni lah 'dia' yang berani meniduri aku

Dia merajuk coz aku x nak tido dengan dia

The moral of this story adalah jauhi perbuatan zina dan belajarlah bersungguh2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...