nak ikut.....

Friday, February 13, 2009

Adakah aku kurang peka??

Adakah kaum adam ni kurang peka terhadap kaum wanita terutamanya kekasihnya?? Aku rasa TIDAK sama sekali…Cuma ada SESETENGAH wanita ni yang selalu meminta lebih2 (mungkin sebab nak manja2 kot..uish)… aku tak menafikannya kerana aku pernah alami situasi ini…dimana aku dikatakan kurang peka…

Gurl : Awak tahu besday saya??
Aku : Mestilah tahu…besday awak pada 31 oktober setiap tahun kan…awak kan selalu sebut x kan saya boleh lupa plak…
Gurl : Bagus la awak ni..awak tahu bila kita mula2 berjumpa?
Aku : Kita mula2 berjumpa kat kedai makan…masa tu saya slalu tgok awak..bukan apa, saya tgok nasi dan lauk awak penuh satu pinggan tu…boleh habis ke??
Gurl : ish awak ni nakal la…Awak tahu tak saya suka makan apa??
Aku : Mestilah tahu, awak suka sangat makan aiskrim…bila nampak aiskrim awak mula lah lompat tergedik2..

Selepas aku dapat menjawab beberapa soalan gurl dengan baik dan konsisten…aku terperangkap dengan soalan terakhirnya…

Gurl : Awak tahu tak bila besday mak I??
Aku : Erk?? Soalan jenis apa ni??
Gurl : Awak ni x peka lah!!

Adakah ini merupakan kesilapan aku?? Bingung memikirkannya..

p/s: Situasi diatas benar2 berlaku…tapi telah diolah dengan baik bagi mengelakkan sesiapa saja dari tersinggung huhu.

Thursday, February 12, 2009

Aku dan potongan rambut botak….TIDAK!!!

Botak?? Ish x nak r…Jatuh saham aku…Rambut kan mahkota aku hahha..Botak antara salah satu potongan rambut yang sama sekali tak pernah terlintas dalam fikiran aku…dulu masa kecik pernah la botak..tu pun tanpa kerelaan aku…maybe aku akan botak kan kepala aku ni jika aku menunaikan haji nanti…Insya ALLAH…Tapi ramai yang kata, kalau botak, lelaki itu akan nampak lebih seksi…betul ke?? Bagi aku, kalau dah botak, kita dapat jimat banyak benda…dapat jimat duit (tak perlu beli minyak rambut dan syampu) dan jimat masa (tak perlu menghadap cermin lama2 utk menyikat rambut..)..mungkin ada yang suka, ada yang x suka…apa pendapat korang?? Kalau ramai yang suka lelaki botak…aku tanpa fikir panjang akan terus ke kedai botakkan kepala huhuh

p/s: Yang aku hairan plak, ramai plak kaum hawa nak botak…Rasanya haram kan?? Kalau salah tolong betulkan…

Wednesday, February 11, 2009

Aku dan kain pelikat…

Ish dah lamanya aku x update blog ni…mesti korang rindu kat aku kan…klu x rindu pun, x yah r ckap jujur sangat hahaha..aku bz r skang ni..ari tu aku terlibat dengan program “awek angkat” eh silap r…program adik angkat…nanti la aku citer pasal program ni..dan hari ni baru aku free…tu yang bleh update blog ni…aku nak citer pasal kain pelikat r..bleh tak??Ish apsal tetiba kali ni entri aku berkaitan kain pelikat plak?? Buang tebiat ke??..Ntah r pas aku dengar lagu kain pelikat nyanyian anuar zain kat radio buat aku nak tulis entri nie… Betul ke kain pelikat semakin dilupakan??...terutamanya bagi golongan anak muda zaman ini..Aku rasa mungkin ada kebenarannya.. aku pun ada sehelai je kain pelikat…biasanya aku guna nak buat sembahyang je r…ish rasa rimas la kalau pakai lama2…rasa nak sensing je kain tu..sexy oww…ok gak la aku masih pakai kain pelikat…ada tu sampai x kenal kain pelikat…Alahai kain pelikat..


p/s: aku rasa nasib kain batik pun sama…betul tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...