nak ikut.....

Friday, March 6, 2009

JEMPUTAN MATR 2008

Semalam dalam pkul 3 pagi ketika aku sedang nyenyak tidur di buai mimpi, pintu bilik aku di ketuk… ish sape plak ketuk pagi2 ni…seram je..bukan aku takut nak buka k…tapi biasa lah baru bangun tido..mestilah ambil masa sikit nak buka pintu..g betul2 kan apa yang patut…g bersihkan air liur basi yang meleleh k huhuhu…belum sempat aku buka pintu, ada sampul surat dimasukkan di bawah pintu aku…ish janganlah surat saman dari kolej plak.. aku pun terus membuka sampul surat tersebut…oww rupanya kad jemputan ke Majlis Anugerah Tun Razak 2008 (MATR’08) yang akan diadakan pada sabtu nie (7/3/2009).. bukan kad jemputan UMRAH k huhuh..jemputan VIP lagi…Agak lawa lah kad dia…memang aku tabik spring “toink toink” sape yang designnya..tapi apsal lambat sangat dihantar?? Lagi satu.. ambil la masa sikit, rasanya tak sampai satu minit pun nak tulis nama jemputan pada kad tu..ala itu masalah kecil je…aku dah maafkan awal2 pengarah program dia huhuhu walaupun kad jemputan lambat sampai ke tangan aku… tapi aku telah dimaklumkan awal2 mengenai program MATR tersebut…Terima kasih kerana menjemput aku..

Bahagian luar kad jemputan

Bahagian dalam kad jemputan

p/s: Tengah pening memikirkan baju apa yang hendak dipakai pada malam tu…nak menang la gelaran “King of the night” huhu..ada sape2 nak bg cadangan???

Wednesday, March 4, 2009

Eiii…aku geli la sebab berbulu…

Aku ada bela hamster…kenapa aku membelanya?? Ntah la nak bela anak dara orang..aku tak mampu lagi..jadi bela la hamster dulu…biar jadi gemuk2 n comel2…huhu aku bela seekor jantan n 2 ekor betina..aku biar dia merasakan poligami...huhu...sekarang ni aku dah dapat 4 ekor anak hamster…baru seminggu dilahirkan (besday diorang pada 23 feb 2009)…aku dapat lihat secara live bagaimana anak2 hamster itu dilahirkan..baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak….kawan2 aku teruja untuk melihat hamster2 aku…masih tidak bernama lagi…ada sape2 yang nak bagi nama??..aku bagi lah tengok… ada yang suka..ada yang geli…biasa la..hamster dengan tikus kan lebih kurang….sedang aku dan kawan2 aku beborak kosong pasal hamster…tetiba aku terdengar seorang kawan perempuan aku kata.. aku teringin nak bela hamster..comel..tapi aku geli la sebab berbulu…pastu aku laju je tembak balik dia…habis tu ko nak lelaki yang tak berbulu ke??? Auww….huhu dia terdiam malu…

Thursday, February 26, 2009

Lelaki tinggi lebih menarik??

Ish TENSEN r…bila kena tangkap gambar je mesti aku orang pertama yang kena berdiri barisan paling belakang sekali..bukan aku nak tapi terpaksa sebab aku tinggi…org lain mesti ingat aku nak sorok perut aku yang boroi tu…tak!tak! k…perut aku maintain slim k…Tapi betul ke lelaki yang tinggi ni lebih menarik??(saja post entri ni sebab nak merawat hati yang lara huhuu).Bukan aku kata k…aku x suka lah masuk bakul angkat sendiri huhu..tapi aku terbaca satu artikel di majalah…Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain telah menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara SEKSUAL. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah..rasanya betul kot…Aku pernah bertanya kepada kawan gurl aku, suka lelaki yang tinggi atau yang rendah??…dan seperti yang aku telah jangkakan.. jawapannya..dia mahu lelaki yang tinggi…tetapi yang aku hendak sangat tahu adalah jawapan kepada persoalan “kenapa??”..dia kata nanti kalau sudah kawin,bile lelaki tu peluk dia,elok je dia punya kepala terletak pada dada lelaki tu...baru la bermakne pelukan tu...tapi kalau dah tidak dapat sangat yang tinggi, dpt yg rendah pun ok..comey dan org kata murah rezeki kalau suami rendah...tergelak aku mendengar pandangan dia…korang mesti ada pandangan tersendiri kan???
gambar terkini yang aku kena berdiri pada barisan paling belakang sekali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...