nak ikut.....

Friday, April 24, 2009

Kisah Minyak

Minyak!Minyak!Minyak! Sepanjang minggu ini, hidup aku asyik berkaitan dengan minyak je.Nasib baik aku x jadi orang minyak. Pertamanya, adalah berkaitan dgn projek final aku sebelum grad ni..tajuknya ialah fast pyrolysis of scrap tires...mesti x faham kan..senang citer aku perlu tukarkan tayar2 terbuang tu menjadi minyak yang berguna…walaupun aku dah present projek tu minggu lepas, tetapi supervisor aku suruh gak aku buat lagi 1 experiment isnin lepas…nasib baik menghasilkan minyak banyak…kalau tak, ada yang naik minyak nanti…yela aku ada final paper rabu lepas…x study apa2 lagi…tapi dia suruh buat experiment plak…aku terpaksa ikut r…kang dia bagi gagal plak, terpaksa extend 1 semester….Naya!!

Kisah keduanya plak, enjin motor aku mati kelmarin ketika tgah bawa laju2…nasib baik x ada apa2 berlaku…pas enjin tu mati, aku berhenti la kat tepi jalan…ingat x ada apa2..just biar motor tu cool sekejap…mungkin semput berlari laju kot…pas rehat kejap, motor tu dapat start balik..tapi boy yg membonceng jadi takut…x nak naik..aku paksa…motor dapat bergerak sprit biasa…itu kisah kelmarin.. tapi semalam, perkara yang sama terjadi..berdekatan dgn tmpat pertama ia terjadi..ketika itu aku nak pergi minggu saham amanah malaysia (MSAM) kat plaza angsana…tapi situasinya yg lebih bahaya…enjin mati ketika aku tngah pecut bas…aku tetap cool, tapi boy dah mengepit kaki kuat2…alasan dia, perlakuan mengepit tu merupakan tindakan refleksi akibat kemalangan motor dahulu…ALASAN SANGAT!! Seperti biasa, aku berhenti di tepi jalan…bagi motor aku take a break…aku pun call ayah aku, tanya pasal kejadian tu dan alang2 aku dah lama x call rumah hehehe..Aku dah tahu puncanya…aku pun terus g worksyop…”Bang, tukar minyak hitam”orang bengkel tu pun terkejut, kering habis minyak hitam motor aku masa dia menukarnya…mana la aku tahu, x sampai sebulan aku tukar hehhehe

Kisah ketiga plak, aku ngan boy teruskan perjalanan ke MSAM, sampai di sana ada pelbagai pameran… kitaorang lepak hampir sejam gak disitu…ketika nak balik, kitaorang diminta jawab kuiz kat booth Sime Darby..kononnya senang r…aku copy je jawapan boy…malas nak cari n fikir la hahah..pas hantar borang tu, aku dapat hadiah…MINYAK MASAK SAYURAN….apa kejadahnya??aku nak buat apa dengan minyak masak ni??Nak buat hamster goreng?? Minyak masak tu masih tersimpan rapi di dalam almari aku… Sape2 nak beli, aku boleh jual…haha

p/s: aku masih gigih ‘menjual minyak’.

KINI & MENDATANG
Yang akan datang, DAH DATANG!!
Yang bEluM dataNg PasTinya AKAN DATANG!!
JAdi kena TeNgok-tenGok, JelIng-Jeling, Pandang-PandanG
Ia Tidak Mampu DihalaNG..
Ia TetaP Akan DAtang..

BerSEdia kah ANda??
NANTIKAN
....

Tuesday, April 14, 2009

Aku dapat baby lagi..

Kelmarin aku keluar dgn Boy, g jalan2..lepas aku balik dari jalan2..aku buka pintu bilik aku..aku lihat ada 2 baby..tersenyum pada aku..tapi matanya x terbuka lagi..terkejut beruk aku..x tahu sama ada aku patut gembira atau sedih…bercampur semuanya…aku gembira sebab aku memang suka baby…aku sedih kerana si ayah baby tu tahu je buat anak tapi x reti jaga..tensen tol…dah la aku yg beri anak bini dia makan….ish apa punya ayah…nasib baik ko comel..skang ni makin besar la keluarga hamster aku ni..semua sekali 8 ekor tak termasuk si comot yang dah tiada…suasana malam aku bertambah riuh la dengan gelak tawa dan kenakalan mereka yang bermain roda impian supaya aku x dapat tido…klu aku jahat aku tanggalkan je roda impian mereka tu hahhahah

p/s: kepada baby2 hamsterku selamat datang ke dunia fana ini hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...