nak ikut.....

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Dengan kuasa yang ada pada tangan aku…aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar atau yang hampir mengajar aku dari zaman aku dilahirkan sehinggalah ke universiti. Jasa kalian akan ku kenang. Aku mendoakan cikgu-cikgu semua sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah swt…Cikgu pun mesti mendoakan aku juga ya….Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa".

p/s: Teringin nak pergi sambutan hari guru kat sekolah menengah aku..

p/s: teringin nak jadi cikgu…kalau x dapat jadi cikgu…kahwin dgn cikgu pun tak pe…huuh

Tuesday, May 12, 2009

Tak sedar kubur memanggil

Kes 1

Hari ni aku keluar dengan along pergi Tesco Seri Alam…saja jalan2 untuk menghilangkan kebosanan aku dan ke”tensen”an along menjawab exam pagi tadi..dah sampai, x ada benda pun kami beli…dalam on the way balik rumah, aku terlihat satu kedai ni…ramainya orang…aku bangga giler sebab kedai ni telah menghimpunkan pelbagai kaum…ada melayu, cina dan india…kira kedai masyarakat majmuk r tu…aku suruh along slow kan motor (kantoi along x ada lesen motor bonceng aku huhu)…aku tengok ke dalam kedai tu…padat macam tin sardin…yang melayu bangga membeli “barang” yang dijual….ish x rasa bersalah ke diorang ni….beli “barang” kat kedai tu…aku yang tengok dekat pun menggigil takut kena tangkap dengan pihak berkuasa…diorang tanpa segan silu, membeli nombor ekor di kedai 4D Magnum… ramai yang telah berusia plak tu….bak kata orang…rumah kata pergi, kubur kata mari (eh betul ke??)..

Kes 2

Kami tidak jadi pulang terus ke rumah, kerana tetiba along nak melepaskan gian main game Crazy Shooter Online (CSO) kat cyber café..aku pun temankan dia….disebabkan aku tak pernah main game online, aku just duduk sebelah along dan perhatikannya bermain…

Tiba-tiba……

Aku usha mamat sebelah ni….ops pakcik (terasa muda plak aku ni)…rasanya dia berumur dalam lingkungan 30-40an…aku tengok dia sedang membuka laman web lucah…gambar wanita bogel… aku beristighfar banyak kali…dan aku cuba menghalang skrin komputernya dengan badan aku yang comel ini daripada pandangan along…(aku kan abang yang baik hahaha)..tapi sebenarnya along kalau dah dapat game, leka bermain…tak ingat dunia….aku terfikir gak…apa yang best sangat tengok gambar wanita bogel tu.. kalau dah gersang sangat pergilah kahwin haha….dah la tengok kat cyber café; tempat awam plak tu….lain la kalau kat rumah…..

p/s: Jangan menilai seseorang itu dari luarannya…mungkin muka dia nampak baik tetapi sebenarnya mungkin dia perogol bersiri hahahah…aku muka baik…tapi aku x perogol k…hamster aku je lahir banyak sangat anak….hahahha

KENANGAN MASA SEKOLAH MENENGAH

Hari ini aku bangun awal…sebab aku budak baik, taklah…aku bangun awal sebab ayah angkat aku telah mengejutkan along (adik angkat aku) untuk pergi ke sekolah…Pukul 6.20 pagi tu…first time aku bgun sepagi ni setelah aku meninggalkan zaman sekolah menengah aku…aku pun turun pergi solat tapi along masih golek2 tidur…lepas solat, aku mengejutkan along ni..renjis dengan air…tapi msh liat utk bngun.. aku teringat masa aku sekolah dulu…emak aku yang biasanya akan mengejut aku..tapi x bangun2 gak sebab emak aku mengejut dengan penuh tertib dan tatasusilanya…kelembutan suara emak aku bagaikan seorang penyanyi yang mendodoikan aku supaya sambung tidur huhu dan cara yang terakhir adalah dengan menggunakan suara ayah aku….kalau ayah aku yang kejut…aku terus bangun mencapai tuala dan terus g mandi..huuhu..KENANGAN! KENANGAN!

Selepas solat subuh, aku tidak tidur balik…orang kata tak murah rezeki. Betul ke?? Aku rasa betul kot sebab pagi tu emak angkat aku masak nasi lemak huhuh SEDAP!! aku tengok aje along persiapkan diri untuk pergi sekolah…teringat aku masa dulu2…Dulu, aku n 3 orang adik beradik bersekolah waktu pagi..jadi kenalah ambil nombor untuk masuk bilik air…inilah time yang aku paling x suka…kena menunggu giliran…Berbalik kepada kisah along, dia pun bersiap berpakaian…siap ambil gambar lagi tu….lepas sarapan along pun memakai kasut dan waktu itu aku tengok jam sudah pukul 7.20…ish budak ni..masih rileks2 lagi tu…kalau dulu, pintu pagar sekolah aku sudah tutup waktu ini…Dulu, aku pernah datang sekolah lambat dan kena rotan lagi tu…sakit tu…Dan semua itu sudah tersemat sebagai kenangan…di bawah ini adalah gambar2 kenangan semasa aku bersekolah menengah dulu….cuba korang cari yang mana satu aku huhuu

Along yang sempat berposing sebelum pergi sekolah

Ni masa zaman aku Form 2...


Ni masa Form 3..sorry..masa ni zaman skema lagi hahah

p/s: Cukup la 2 gambar je...kalau banyak2 kang korang dok tergelakkan aku je..huuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...