nak ikut.....

Tuesday, May 12, 2009

Tak sedar kubur memanggil

Kes 1

Hari ni aku keluar dengan along pergi Tesco Seri Alam…saja jalan2 untuk menghilangkan kebosanan aku dan ke”tensen”an along menjawab exam pagi tadi..dah sampai, x ada benda pun kami beli…dalam on the way balik rumah, aku terlihat satu kedai ni…ramainya orang…aku bangga giler sebab kedai ni telah menghimpunkan pelbagai kaum…ada melayu, cina dan india…kira kedai masyarakat majmuk r tu…aku suruh along slow kan motor (kantoi along x ada lesen motor bonceng aku huhu)…aku tengok ke dalam kedai tu…padat macam tin sardin…yang melayu bangga membeli “barang” yang dijual….ish x rasa bersalah ke diorang ni….beli “barang” kat kedai tu…aku yang tengok dekat pun menggigil takut kena tangkap dengan pihak berkuasa…diorang tanpa segan silu, membeli nombor ekor di kedai 4D Magnum… ramai yang telah berusia plak tu….bak kata orang…rumah kata pergi, kubur kata mari (eh betul ke??)..

Kes 2

Kami tidak jadi pulang terus ke rumah, kerana tetiba along nak melepaskan gian main game Crazy Shooter Online (CSO) kat cyber café..aku pun temankan dia….disebabkan aku tak pernah main game online, aku just duduk sebelah along dan perhatikannya bermain…

Tiba-tiba……

Aku usha mamat sebelah ni….ops pakcik (terasa muda plak aku ni)…rasanya dia berumur dalam lingkungan 30-40an…aku tengok dia sedang membuka laman web lucah…gambar wanita bogel… aku beristighfar banyak kali…dan aku cuba menghalang skrin komputernya dengan badan aku yang comel ini daripada pandangan along…(aku kan abang yang baik hahaha)..tapi sebenarnya along kalau dah dapat game, leka bermain…tak ingat dunia….aku terfikir gak…apa yang best sangat tengok gambar wanita bogel tu.. kalau dah gersang sangat pergilah kahwin haha….dah la tengok kat cyber café; tempat awam plak tu….lain la kalau kat rumah…..

p/s: Jangan menilai seseorang itu dari luarannya…mungkin muka dia nampak baik tetapi sebenarnya mungkin dia perogol bersiri hahahah…aku muka baik…tapi aku x perogol k…hamster aku je lahir banyak sangat anak….hahahha

7 comments:

naqiubex said...

Memang banyak yg tak sedar lagi..
Aiii..
paling tak boleh blarg bila seorang lelaki keluar dari kedai 4d magnum datang kepada kawan saya dan berkata..
"Tangkal sami tu jual mana boleh pakai, sama jugak tak dapek nombor!"

What!??
Syirik + Khurafat + #!%* = MMG NERAKA LAH TEMPATNYA..

Anonymous said...

hurm...
zaman skang ni...
org tua ke muda ke...
da x pikir da sume tu...
yg penting nak senang dengan jalan mudah...
nak puaskan nafsu sendiri...
xde da nak pikir syirik ke.. khurafat ke...
Mintak jaoh la aku dari benda2 cenggitu..
Nauzubillah~

Unknown said...

naqiubex: betul!betul!betul!!

eni: tu la psl..ape nk jadi..!!

Anonymous said...

haha... ayat last ko dlm p/s tu yg x menahan tuuuu.. hamster lahir byk anak..haha

nk bt cmne.. lagi ditegah lagi nk dbuat...hurmmm

Fairuz Selamat said...

aku tag mu.. eheheh.. wei mana pgnye si roy

sentosa77 said...

Salam.. kat tempat saya pun macam tu juga,ramai yng pergi beli nombor ekor tu.. mudah mudahan diorang cepat bertaubat. Nak tanya.. hamster memang lahir banyak anak ke, kawan saya baru nak bela hamster.. kang penuh pulak satu rumah.. ada masa singgah pula blog saya. thanks

kj said...

red: betul2...benda yang x salah...x payah di tegah hahaha

fairuz@apai: tq apai sebab tag aku...tag banyak2 lg huhu...aku dah bg tahu roy kau rindu dia hehehe

zaidon: salam...mudah2an mereka sempat bertaubat..hamster lahir banyak anak bergantung pada tuan dia hahah gurau..hamster dah matang dalam sebulan lebih...dan tempoh mengandung pun kejap je...pastu lahir sekali 3-4 ekor...banyak la komuniti dia nanti...pastu jual la...jadi tokei hamster huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...