nak ikut.....

Tuesday, May 19, 2009

Wah..Besarnya!!!

Ketika aku keluar berjalan-jalan bagi menghilangkan rasa kebosanan ini…aku terlihat “sesuatu” yang amat besar…tidak pernah aku lihat atau terbayang yang “ia” akan membesar sebegini…aku tergamam seketika….lidah aku kelu..aku hanya memerhatikannya dari setiap bahagiannya….mata aku tidak berkelip…pandangan aku tidak lari pun daripadanya walaupun seketika…mantap..besarperfect…itu lah perkataan yang terpacul daripada mulut aku untuk menggambarkan keadaannya…kan best kalau aku dapat “dia”

Inilah “dia” yang aku maksudkan….

Sedikit info yang aku nak kongsi bersama korang mengenai “dia”…aku perolehi maklumat ni kat depan akuarium “dia” huhuh…(klik gambar untuk besarkannya)…korang boleh gak cari maklumat mengenainya di internet k

sedikit info

p/s: Ada sape2 fikir blue ke?? aku ni masih suci lagi bersih k
p/s/s: ikan ni boleh memanjang hingga 3 meter...tengah terbayang jika cik as & roy berenang
riang bersama ikan ni...macam mana eh rupanya huhu jangan marah..

Saturday, May 16, 2009

Aku dan spinning gasing

Aku bukannya nak menceritakan mengenai filem spinning gasing tu…tetapi mengenai permainan gasing. Aku masih lagi berada di rumah along..saja lepak dalam seminggu…ketika aku lepak di luar rumah.. menikmati kesegaran udara malam..sambil diterangi dengan lampu jalan…tetiba ada dua kanak-kanak datang kepada aku….oww rupanya anak jiran sebelah…izrul ngan membernya sape entah…

“Abang jom main gasing…atau abang x tahu main??”

Aku yang lagaknya seperti lelaki melayu terakhir ni pun menjawab, “Abang x reti main la dik…dah lama x main…lupa lah…nak ikat gasing pun abang dah x reti”….saja aku memberi alasan, supaya budak2 ni beredar dari situ dan aku dapat sambung menikmati keindahan malam sambil tenung pada bulan…

“tak apa, kitaorang tolong ikat kan”

“Ish budak2 ni”….aku pun bingkas bangun masuk ke dalam rumah dan mengambil gasing adik angkat aku..aku keluar dan terus memangkah gasing budak2 ni…haha…bila gasing tu berputar, aku pun mengangkat gasing tu dengan menggunakan tali dan letaknya di atas tapak tangan aku…gasing tu still berputar manja di atas tapak tangan aku….terkesima dan tergamam budak2 tu tengok gasing tu bergelek2 atas tapak tangan aku huhu bukan senang nak buat macam tu…bak kata orang, ia memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi..haha… Malam tu berlalu..dengan aku ter- BERLAGAK pada budak2 kecik…ya ampun..


Gasing aku warna kuning tu...

Angah pun nak tunjuk hebat gak

Inilah salah seorang pencabar aku...

Selamat Hari Guru

Dengan kuasa yang ada pada tangan aku…aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar atau yang hampir mengajar aku dari zaman aku dilahirkan sehinggalah ke universiti. Jasa kalian akan ku kenang. Aku mendoakan cikgu-cikgu semua sentiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah swt…Cikgu pun mesti mendoakan aku juga ya….Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa".

p/s: Teringin nak pergi sambutan hari guru kat sekolah menengah aku..

p/s: teringin nak jadi cikgu…kalau x dapat jadi cikgu…kahwin dgn cikgu pun tak pe…huuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...