nak ikut.....

Sunday, July 19, 2009

Thanx kepada sesiapa yg telah top-up kan aku..

Sedang aku duduk depan TV sambil menunggu kartun Sin Chan…aku terima satu mesej dari Hotlink dalam jam 6.51 petang…aku pun baca…

“017-6****** (no aku) has been successfully top up with RM 6 on 18-07-2009 at 06:15PM”… Aku terkejut…sape plak yg top up kan aku ni….biasanya aku terima msj dr hotlink mcm ni jika aku top up tanpa guna kad…jadi org pertama sekali yg aku terfikir adalah Roy… sebab dia kan ejen top up huhu tapi bila aku tnya dia…dia kata bukan dia…so aku x tahu sape yg top up kan aku….apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih lah kepada orang yg tlah top up kan aku wlupun RM6…kebetulan maxis aku dah hbis kredit..

Saturday, July 18, 2009

Makin dekat hari konvokesyen…

Hari ini aku dpt surat dari UTM pasal urusan konvokesyen…dalam sampul tersebut mengandungi surat jemputan ke majlis konvokesyen UTM ke-43..tak sangka yang aku akan grad juga akhirnya…dula masa mula2 aku daftar kat UTM, aku terasa lama betul tempoh 4 tahun pengajian ini…akhirnya, pejam celik aku akan tempohi alam perkerjaan pula…terasa diri ini semakin tua..

Berbalik kepada urusan konvokesyen…tarikh raptainya adalah 14 Ogos 2009 pada jam 8.00 pagi…dan tarikh konvokesyennya ialah 16 ogos 2009 jam 2 petang…(fakulti aku kena sesi ketiga)..jadi kepada anda yang telah membaca entri ini diwajibkan sediakan barangan berikut….Teddy bear, Bunga Dan Coklat utk aku nanti sebab anda telah mengetahui tarikh konvokesyennya hahahha….


p/s: aku mngkin lepak kat UTM 13 hb hngga 16 hb ogos 2009...see you there..

Friday, July 17, 2009

Maaf, aku tak dpt jd cikgu…

Disebabkan aku bosan duduk di rumah ini sementara mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan aku, aku tlah memohon menjadi guru ganti 2 mnggu lepas…dan aku tidak tahu perkembangannya..terus senyap…hari demi hari, aku teruskan dngan pergi pelbagai interview…sape kata mahasiswa sekarang memilih kerja??aku pergi interview utk pelbagai jwtn…ada customer service…promoter kat shopping cmplex tp diorng x nak ambil sebab kelayakan aku…aku terus pergi interview…pelbagai ragam penemu duga yg aku temui….akhirnya aku perolehi juga kerja kat Kajang…dan pagi td aku dpt call dr sebuah sekolah rendah. Yang menyuruh aku start jd cikgu isnin ini…aku terasa agak kecewa dan hampa sebab terpaksa menolaknya…maafkan saya sebab tidak dapat jd cikgu…tp aku terfikir, suatu hari nanti aku pasti akan masuk bidang pendidikan juga…..aku nak jadi CIKGU KJ…

aku suka bersama2 budak sekolah...terasa muda...aku nak jd cikgu tp taknak smbng KPLI..bleh?

p/s: Dan pagi td juga aku dapat call dr company AA, suruh aku start kerja ari isnin ni…kenapa lah hari ini bru aku dpt semua twrn kerja??Harap plhan aku utk bekerja di Kajang adalah tepat…AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...