nak ikut.....

Sunday, October 18, 2009

Kisah si penunggang motorsikal…

Dalam surat khabar hari ini ada memaparkan kisah mengenai dua beranak maut dirempuh kereta akibat berteduh di bawah jambatan..aku berasa agak kesian..inilah lumrah hidup yang perlu dilalui sebagai seorang penunggang motosikal..aku sebagai penunggang atau pembonceng motosikal yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun masih merasa tidak selamat ketika berada di atas jalan raya… aku selalu berasa takut atau gementar sepanjang 40 minit perjalanan untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.. ini kerana kenderaan besar seperti lori, kereta dan bas menunjukkan egonya di jalan raya…hanya memandang kami dengan sebelah mata… aku biasa juga, menunggang motor dalam keadaan hujan.. tapi jika sudah lebat sangat sehingga tidak nampak jalan (sebab motor x ada wiper..) terpaksalah aku berteduh…tetapi seboleh-bolehnya aku akan elak la…mungkin kekhilafan berlaku pada dua beranak yang maut tu…jika sudah TERPAKSA berteduh di bawah jambatan tu…pastikan motor disusun elok2 rapat ke penghadang...dan jangan lah duduk di atas motor tu..seboleh-bolehnya berdiri la di belakang penghadang tu..

posing kat motor jap heheh

p/s: tengah mengumpul duit nak beli kereta....

Mengapa Mereka Bangga??

MEREKA merasa amat bangga dengan HARTA, JAWATAN, KECANTIKAN, KETAMPANAN dan sebagainya yang dimiliki… Kadang-kadang mereka merasa yang diri mereka terlalu sempurna.. sehingga memandang jelik atau hina pada kekurangan yang ada pada orang lain… Bukankah mereka sedar yang itu semua bukan milik mutlak mereka?? Semuanya itu adalah titipan dari ALLAH SWT.. bagaimanakah mereka boleh berasa bangga dengan semua hal tersebut?? cuba la ambil masa sesaat..untuk bayangkan diri berada ditempat orang yang mempunyai kekurangan itu… bukan kekurangan itu dipinta..tetapi adalah pemberian-NYA… bersyukur atas segala yang diberi…

p/s: Ku tahu diri ku tidak tampan…tetapi pasti ada manisnya~

Sunday, October 11, 2009

Cinta Zaman Sekolah..

Aku tdak pernah percayakan cinta zaman persekolahan…kerana aku beranggapan yang ianya hanya sekadar cinta monyet.. yang hanya untuk suka2..atau hanya untuk testing market saja.. x kan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin (kalau ada baguslah..)..Bukan sebab aku jeles…kerana tidak dapat merasakan cinta itu.. tetapi aku merasakan..aku akan mengecewakan harapan kedua ibu bapa aku…ini kerana ibu dan ayah aku menghantar aku pergi ke sekolah adalah untuk belajar..bukan untuk bercinta…tambahan pula, duit belanja pun ibu bapa yang beri..seluar dalam pun ibu bapa yang sediakan…inikan pula nak belanja awek makan… malunya!! Ini lah fenomena yang aku selalu perhatikan jika aku berjalan2 di klcc, midvalley dan sebgainya…akan dapat diperhatikan adik-adik remaja kita yang masih bersekolah..berkepit, berpegangan tangan… adoyai… kadang2 terasa kesian pula pada mereka ini… pelajaran ke mana.. cinta pun kemana…

p/s: aku akan bercinta bila aku sudah bersedia memberi komitmen..bila?? x tahu lagi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...