nak ikut.....

Friday, November 13, 2009

Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki

Ini adalah antara sebab2 wanita membenci lelaki atau kata mudahnya…alasan untuk seorang wanita itu meninggalkan teman lelakinya hehehe

1. MENINGGIKAN SUARA
Teman wanita berkata:- Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Teman Lelaki menjawab:- I tinggikan suara sebab suara I memang kuat dan garau… lagipun I takut u tak dengar apa yang I cakap..U kan dah lama x korek telinga tu…jadi I x bersalah… lagipun U suka ke jika teman lelaki u bersuara seperti doraemon?? Patut u bersyukur suara I mcm nie..


2. MAIN KAYU TIGA
Teman wanita berkata:- Bab main kayu tiga ni memang masalah paling besar lelaki. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Teman lelaki menjawab:- I kena buat pilihan yang terbaik untuk memilih teman hidup I, contohnya seperti memilih kerja…tak kan I terus terima kerja tanpa bandingkan dengan kerja lain….sape yang bagi tawaran terbaik, I terima lah…


3. SUKA 'CUCI MATA'
Teman wanita berkata:- Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata. Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu gedik…Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Teman lelaki menjawab:- Pandangan pertama itu rezeki, jadi I pandang la puas2…Lagipun, I pandang perempuan, ini menunjukkan yg I ni bukan lah gay….u patut risau kalau I pandang jantan ke…atau I pandang siling je masa keluar dengan U…

4. MENGONGKONG
Teman wanita berkata:- Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri nak dikawal,sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


Teman lelaki menjawab:- Mestilah I control U, sebab I terlalu sayangkan U…I sentiasa risau kat U jika U x ada di depan mata I, I slalu tentukan pakaian U sebab I x nak u pakai terlalu seksi…U kena sentiasa report selalu kat I bila keluar sebab I takut U kena culik atau ada perkara2 x diingini berlaku…sebab wanita ini kan sifatnya lemah…jadi I x perlu lah report kat U apa2 sebab I lelaki…gagah dan kuat…boleh jaga diri sendiri.


5. MATA DUITAN
Teman wanita berkata:- Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.

Teman lelaki menjawab:- Ala U ni berkira plak dengan I…I ni bukannya orang lain, bakal suami U juga nanti…duit I, I simpan untuk jadi hantaran kahwin kita nanti….jadi semua duit makan, sewa rumah I, duit minyak dan semuanya guna la duit U dulu owkayyy….

6. PENGOTOR
Teman wanita berkata:- Lelaki ini suka sangat meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam2 lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.


Teman lelaki menjawab:- Mengikut kajian, wanita akan berasa nyaman atau tenteram dengan bau badan lelaki…jadi jika U x suka bau badan I, itu bermakna kita tidak sesuai bersama….

7. GELOJOH
Teman wanita berkata:- Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Makan terlalu cepat dan mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Apa yang dikejarkannya pun tak tahu…


Teman lelaki menjawab:- I makan cepat2, sebab I suka tngok U makan…..mulut comel U mengunyah makanan…lagipun I boleh menyuapkan U nanti…

Thursday, November 12, 2009

Ponteng Perhimpunan??

Seingat aku, aku tidak pernah pun ponteng perhimpunan sekolah…sebab perhimpunan aku best… pelajar boleh duduk…tidak letih…jadi x nampak pun masalah kenapa aku perlu ponteng perhimpunan… lagi pun kawan-kawan lain pun turut serta berhimpun….jadi masa perhimpunan ni la, masa terbaik untuk berbual dan bergosip…biar guru berucap di depan…kita buat hal sendiri di belakang heheh… wlaupun aku xpernah ponteng perhimpuan tp aku slalu gak datang lambat ke perhimpunan..banyak kali la heheh…ala setakat kena denda…seperti rotan dan berlari keliling padang perhimpunan perkara kecil je….kalau nak juga ponteng perhimpunan pun…biar la bijak sikit…seperti berlakon demam ke… (ini adalah contoh…aku tidak mengajar okay!!!).. dapat la berehat dalam kelas hehehe…ini tidak, ada yang pergi terjun dari tingkat tiga sekolah….. sebab nak mengelak daripada ditangkap guru disiplin..nasib baik hanya patah kaki…. kalau tak baik??? Lu fikir la sendiri…

My school, SMK Taman Setiawangsa....tapak perhimpunan

lencana sekolah

masa form 3 Dinamik...gambar dah rosak la

p/s: Perhimpunan itu menyeronokan….anggap la guru yang berucap itu seperti sedang menyanyi…

p/s/s: teringat kenangan satu kelas nyanyi (koir) lagu Westlife depan perhimpunan….satu apa pun x dengar suara ahahahah

Saturday, November 7, 2009

Hey Anney…

Sedang aku leka bermain internet…tetiba handphone aku berbunyi…ada satu panggilan masuk.. aku perhatikan skrin handphone aku….tidak keluar nama sesiapa…just keluar nombor sahaja (018-289****). “Ish siapa pulak ni call aku”…Dalam fikiran aku masa itu, hanya terfikir ada mana-mana company yang call aku untuk panggil datang interview je…Jadi aku betulkan suara aku…berdehem sikit-sikit.. supaya tidak serak hahaha…..Lepas itu, aku pun tekan butang angkat panggilan…“Hello”, jawab aku dengan penuh sopan…

“Hey anney….bla bla bla (dalam bahasa tamil)”…balas pemanggil itu tanpa berhenti pun… aku hanya diam sahaja…bukan aku diam sebab aku faham…tapi aku diam sebab x ada ruang untuk mencelah… Selepas agak lama, baru pemanggil itu diam…aku pun jawab….”erk….wrong number”…mungkin si pemanggil itu sudah sedar yang dia sudah tersilap..dia terus letak telefon….

p/s: Aku mula terfikir…Adakah muka aku macam shah rukh khan??

p/s/s: Sudah lama aku tidak dengar khabar kawan India aku, Jegathiswaran….apa khabar ye???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...