Kawan2 aku selalu berkata, mereka tidak pernah pun nampak aku marah.. hanya tersenyum sepanjang hari je…..sampai diorang sangsi dengan aku…aku ni masih waras atau tidak?? Haha…Agaknya diorang nie nak sangat aku marah kat diorang kot….Dulu aku ni agak panas baran….kalau ada yang buat silap sikit je mesti aku nak melenting….tapi sekarang semuanya tak lagi…aku lebih cool…mungkin sebab faktor usia yang semakin meningkat kot….lagi satu, aku slalu berfikir…buat apa nak marah2…benda dah berlaku…. Just bagi nasihat elok2 sudah….Tapi kalau sifat marah aku tu dah sampai hadnya yang maksimum…. Yang tidak mampu aku kawal lagi…aku akan buat dua benda je….pertama, aku akan diam tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku…. termasuklah berdehem..”ehem…ehem”…jadi kalau korang Nampak aku diam je, maka jangan lah gatal2 nak kacau aku…kalau tidak, seperti memberi muka untuk aku tampar je hahahaa… ada ke perumpamaan ni??? Belasah je lah…. Minta maaf ye kepada pejuang2 bahasa kebangsaan seperti ROY hehheh… Keduanya, aku akan tidur….dan selepas aku bangun, biasanya aku akan lupa peristiwa yang membuat aku marah dan aku akan berada dalam keadaan yang lebih tenang…. Tapi korang janganlah bermimpikan pula peristiwa yang membuatkan korang marah tu… lagi haru la bila bangun nanti….Selain itu banyak lagi tip-tip untuk mengawal marah yang boleh aku bagi seperti mengambil wuduk dan mengaji Al-Quran…tapi mesti korang x percaya yang aku lakukan tips itu kan??? hahaah.. Jadi selamat mencuba tips-tips aku ni……
p/s: Aku suka berkawan dengan orang yang banyak bercakap dan sentiasa tersenyum…terasa happy je diri ni…
p/s: Aku suka berkawan dengan orang yang banyak bercakap dan sentiasa tersenyum…terasa happy je diri ni…