nak ikut.....

Thursday, December 3, 2009

Aku tidak pernah marah???

Kawan2 aku selalu berkata, mereka tidak pernah pun nampak aku marah.. hanya tersenyum sepanjang hari je…..sampai diorang sangsi dengan aku…aku ni masih waras atau tidak?? Haha…Agaknya diorang nie nak sangat aku marah kat diorang kot….Dulu aku ni agak panas baran….kalau ada yang buat silap sikit je mesti aku nak melenting….tapi sekarang semuanya tak lagi…aku lebih cool…mungkin sebab faktor usia yang semakin meningkat kot….lagi satu, aku slalu berfikir…buat apa nak marah2…benda dah berlaku…. Just bagi nasihat elok2 sudah….Tapi kalau sifat marah aku tu dah sampai hadnya yang maksimum…. Yang tidak mampu aku kawal lagi…aku akan buat dua benda je….pertama, aku akan diam tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku…. termasuklah berdehem..”ehem…ehem”…jadi kalau korang Nampak aku diam je, maka jangan lah gatal2 nak kacau aku…kalau tidak, seperti memberi muka untuk aku tampar je hahahaa… ada ke perumpamaan ni??? Belasah je lah…. Minta maaf ye kepada pejuang2 bahasa kebangsaan seperti ROY hehheh… Keduanya, aku akan tidur….dan selepas aku bangun, biasanya aku akan lupa peristiwa yang membuat aku marah dan aku akan berada dalam keadaan yang lebih tenang…. Tapi korang janganlah bermimpikan pula peristiwa yang membuatkan korang marah tu… lagi haru la bila bangun nanti….Selain itu banyak lagi tip-tip untuk mengawal marah yang boleh aku bagi seperti mengambil wuduk dan mengaji Al-Quran…tapi mesti korang x percaya yang aku lakukan tips itu kan??? hahaah.. Jadi selamat mencuba tips-tips aku ni……

p/s: Aku suka berkawan dengan orang yang banyak bercakap dan sentiasa tersenyum…terasa happy je diri ni…

Wednesday, December 2, 2009

Gedik Mesti Speaking???

Aku dan kawan aku berjalan2 di sebuah shopping complex berhampiran dengan rumah aku…dimana nama shopping complex tersebut terpaksa dirahsiakn (nanti ramai pula jantan2 serbu selepas baca entri ni plak)…Ketika sedang memerhati dan membelek baju2 yang ada di jual di situ….kami terpandang dua orang gadis yang agak seksi dan gedik sikit….agak lawa juga orangnya…sehingga kami merasakan seperti masa berhenti seketika…..seperti dunia ini hanya ada aku, kawan aku dan 2 orang gedik tu je hahaha… kira macam sudah jatuh cinta pandangan pertama lah….kami hanya menunggu dua orang awek itu lalu disebelah kami…dengan sabar memerhatikan gerak langkah mereka…tanpa berkelip mata pun…mereka datang semakin hampir….semakin hampir…dan tetiba kami terdengar mereka berborak dalam loghat utara…..

“Ceh, kalau nak gedik...tolonglah speaking” kata kawan aku…

Aku terpinga-pinga, apa kaitan antara gedik dan speaking??? Mungkin kalau dah gedik, ditambah plak dengan speaking sikit2...akan nampak seperti high class kot……Oh, My Gucci!!!

p/s: Selalu girl akan kata…..I tak gedik, tapi I manja…… Gedik itu manja ke????

Tuesday, December 1, 2009

KOMPANG = POTONG???

Sejak kebelakangan ni, pada waktu malam…pasti akan kedengaran bunyi kompang di kawasan rumah aku..biasanya dari jam 10 malam hinggalah jam 11 malam….bunyi kompang tu bukan lah sebab ada orang buat majlis kahwin malam2…tp adalah latihan saja2 penduduk…..Kalau korang dengar bunyi kompang, apa yang terlintas difikiran korang?? Kalau aku, aku teringat iklan “POTONG”, P1W1max tu hahaha….

p/s: Sekarang ramai kaum wanita berani bertanya kepada lelaki soalan ini..."Abang dah potong???"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...