nak ikut.....

Tuesday, December 15, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Sebenarnya, dari dulu aku tidak berminat langsung untuk masuk sebarang contest…sebab aku tahu yang aku ni x ada luck…sentiasa kalah je….tapi bila aku terbuka blog linda dan terjeling entri mengenai contest ini…aku jadi berminat dan ghairah untuk menyertainya…hahaha.. Ada tiga sebab kenapa aku berminat untuk menyertai contest ini:-

1) Contest ni terlalu mudah untuk disertai (tetapi susah untuk menang hahahha)…just letak gambar hitam putih je…

2) Kedua, aku rasa tercabar sebab kaum adam yang menyertai contest ni terlalu sedikit…boleh dibilang dengan jari je…jadi aku nak meramaikan lagi hehe…lagi pun biar pening skit kepala juri untuk menilai hahaa

3) Dah alang2 banyak gambar aku berposing dalam komputer ni….jadi sertai je lah heheh

Kalau korang nak tahu mengenai contest ni dan berminat untuk menyertainya…just click pada gambar di bawah ini….(thanx kepada cik ezzan yang cantik kerana menganjurkan contest ini….aku tengah mengipas juri ni hahaah)..

So, ini gambar yang aku nak pertaruhkan….jeng jeng jeng


(picit kat gambar untuk besarkan)

Gambar ini diambil ketika aku dan roy pergi tengok wayang citer “the Princess and the Frog” kat KLCC…dah alang2 kami terjenguk kat KLCC tue pukul 9 pagi…maka kitaorng bergambar sakan la…

p/s: sebenarnya nak letak bnyak gambar lagi…tp penganjur nak satu gambar je huhu

p/s/s: Menang atau kalah berlakang kira…tapi kalau kalah, bermakna betul la aku x ada luck… dan ini lah first and last contest aku masuk haha… aku terasa macam satu ugutan pada juri plak hahaaha

p/s/s/s: korang yang lain komen gak lah gambar ni ye...

Wednesday, December 9, 2009

Semua lelaki menonton pornografi??

Menurut satu kajian dari Universiti Montreal….ia mendedahkan bahawa SEMUA lelaki menonton pornografi...terlalu sukar untuk mencari lelaki BUJANG pada masa kini yang TIDAK menonton video pornografi…Kajian ini diketuai oleh seorang pensyarah, Prof Simon Louis Lajeunesse….Biar betul??? Tak ada seorang pun lelaki, yang tidak menonton video pornografi??? Aku nie yang muka suci tidak pernah gak menonton video pornografi dengan sukarela… selalunya aku TERtengok je… hehe.. Aku rasa zaman sekarang, kita tidak dapat elak dari menonton pornografi…kat majalah, akhbar, internet, wayang, dan sebagainya pasti akan terselit juga part2 18SX….apa yang boleh kita buat hanyalah mengurangkannya saja….heheh

adakah ini dikira pornografi???

p/s: aku cuba untuk berfikiran positif….kawan aku suka buat ayat ‘double meaning’….

Tuesday, December 8, 2009

Bagaimana mengetahui wanita itu menyukai kita.

Dulu aku percaya, jika seorang wanita itu suka pada diri kita…dia akan cuba untuk menarik perhatian kita….dia akan suka berborak dan bergurau senda dengan kita….akan selalu menghantar mesej walaupun sekadar mesej forward dan sebagainyalah…. Bak kata, kalau sehari tu tidak terlintas nama si lelaki itu tidak sah…..Yelah, tak kan lah si wanita itu perlu bercakap secara terus terang kat lelaki itu yang dia sukakannya…lelaki itu kena lah pandai2 faham sendiri signal yang cuba di sampaikan itu…

Namun begitu, tak semestinya 100% apa yang aku sebut tadi tepat menunjukkan wanita tu suka kat lelaki itu… itu hanyalah melalui pemerhatian aku selama ini je….tapi jangan risau…ada gak cara untuk mengetahui wanita itu menyukai kita atau tak…menurut suatu kajian, lelaki boleh mengetahui sama ada wanita itu menyukai mereka atau tidak dengan hanya perlu melihat kaki wanita itu. Pakar-pakar mempercayai pergerakan kakilah yang menggambarkan perasaan wanita itu sebenarnya..Jika kaki wanita itu dibuka agak luas semasa ketawa, maka dia meminati anda…tetapi jika sebaliknya iaitu bersilang atau rapat ke tubuh…bermakna wanita itu tidak menyukai anda….dan anda dinasihatkan supaya menjauhinya….heheh

Pada pandangan aku, kajian ini berguna untuk kedua-dua belah pihak sama ada lelaki atau perempuan… Kepada lelaki, ia membantu untuk mengetahui sama ada wanita itu suka padanya atau tak…dan kepada wanita, ia membantu atau memudahkan anda untuk memberi signal kepada lelaki yang anda minat… contohnya, jika lelaki yang anda minat sedang membuat lawak…anda ketawalah terbahak-bahak sambil mengangkangkan kaki seluas-luasnya walaupun lawak yang dibuat itu tidak menjadi heheheh.. kalau anda x suka pula lelaki itu….bersilang selikan kaki anda sehabis mungkin....jangan terbelit sudah lah kay…hehhehe….selamat mengamal…

p/s: esok aku akan mula memerhatikan kaki wanita hehehhehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...