Dah tengok iklan Petronas terbaru untuk sambutan Deepavali?? Aku biasanya tertunggu-tunggu untuk menonton iklan petronas…selalunya iklan dia tak pernah mengecewakan, berkualiti, dan ada maksud yang mendalam tapi tak tersirat dengan unsur-unsur lain heheh…walaupun tak juga canggih menggunakan kesan CGI…=)
Bagi aku, Syarikat Petronas patut dicontohi….akan keluarkan iklan berkualiti untuk semua sambutan perayaan utama di Negara kita….tidak seperti sesetengah syarikat…yang hanya mengeluarkan iklan pada hari raya saja… kalau korang nak tngok iklan-iklan milik petronas…klik di sini
Bagi aku iklan deepavali kali ini amat menarik, amat dekat di hati aku… aku dapat merasakan apa yang Ganesh rasa dalam iklan itu….tapi aku dulu bukan BESAR tapi TINGGI… Aku dulu pernah diejek zirafah… aku dipaksa duduk paling belakang di dalam kelas…kerana menghalang penglihatan murid lain untuk melihat papan hitam…dll
Itu dulu….
Selepas aku mengikut petua ni…badan aku pun semakin naik dan membesar….kini aku TINGGI dan BESAR…..sampai ada orang bergurau panggil aku gergasi..HUH…aku tak kisah korang nak panggil apa...seperti pengajaran yang boleh diperolehi daripada iklan petronas ni…
“Walaupun kita berbeza sebenarnya kita ada keistimewaan tersendiri”