Perut berbunyi?? Aku biasa mengalaminya….lebih-lebih lagi
pada bulan puasa ini… mungkin sebab lapar… Tapi ada banyak sebab lain kenapa
perut berbunyi atau berkeroncong… tetapi dalam kes aku ni, mungkin lapar kot….
Pagi tadi semasa hendak bersahur, perut aku berbunyi…yang
malunya…dah la bunyi tu panjang (versi lagu Hindustan kot), kuat pula tu hahaha….
Sampai makcik aku yang duduk sebelah aku pun boleh dengar dan kata
“Cacing dalam perut angah tengah berdengkur tu”
Haha….terus aku hendak tersedak ketika mengunyah makanan
tadi… Ye mungkin cacing tu akan terus berdengkur sebab menu sahur aku pagi ni
ringkas je, tidak menarik perhatian cacing tu pun…heheh… Makcik aku masak
istimewa pagi ini.. iaitu nasi putih dengan telur heheh… Bak kata pelajar aku, itu nasi bujang…
Mentang-mentanglah aku masih bujang lagi, makcik aku sediakan nasi bujang je
hehheh…. Apa-apa pun, aku sudah kenyang bersahur, mata pun semakin berat je….
Mungkin masa aku pula untuk berdengkur bersama dengan cacing tu hehehe